Page 29 - KPKM
P. 29
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 28
GELOMBANG PADI
Subsektor padi dan beras merupakan antara subsektor yang mudah terkesan daripada isu global dan
Malaysia turut merasai impak kenaikan bahan mentah dunia sekaligus mempengaruhi harga input
pertanian seperti baja dan racun di pasaran tempatan, kenaikan harga jualan beras import, perubahan
iklim dan sebagainya yang mempengaruhi pengeluaran hasil.
KPKM telah menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada dan merangka hala tuju baharu bagi
industri padi dan beras negara. Perubahan ini kita gelarkan “Gelombang Padi”.
PROGRAM SMART SAWAH BERSKALA
BESAR (SMART SBB ALA SEKINCHAN)
• Model Baharu yang diperkenalkan pada Mei
2023. Ia merupakan aplikasi amalan terbaik
penanaman padi di Sekinchan untuk
direplikasikan ke kawasan lain.
• Menerusi program Smart SBB Ala Sekinchan,
ia boleh meningkatkan hasil padi sebanyak
70 peratus berbanding kaedah biasa.