Page 24 - KPKM
P. 24
23 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
e. MESYUARAT BERSAMA PEMAIN INDUSTRI (PEMBORONG DAN PERUNCIT) BERKAITAN
KEPUTUSAN PENAMATAN KAWALAN HARGA SERTA SUBSIDI AYAM DAN TELUR
Tarikh : 18 Oktober 2023
Tempat : Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan (BPP) Aras 12, Blok 4G1, Wisma Tani.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk TKSU(P) dan dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian dan
pemain industri pemborong dan peruncit yang terlibat dalam rantaian bekalan ayam dan telur ayam.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini penamatan
subsidi dan kawalan harga ayam dan telur susulan daripada pemakluman oleh YAB Perdana Menteri
semasa Ucapan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 dan mendapatkan pandangan pemain
industri mengenai isu keputusan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam dan telur ayam.
f. SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMAIN INDUSTRI AYAM DAN TELUR BAGI ISU PENAMATAN KAWALAN
HARGA DAN SUBSIDI AYAM DAN TELUR
Tarikh : 22 Oktober 2023
Lokasi : Bilik Gerakan Aras 7, Wisma Tani.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan
bersama wakil kementerian dan pemain industri penternakan ayam dan telur. Tujuan mesyuarat
diadakan bagi mendapatkan input bagi cadangan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam
dan telur. Pemain industri telah memberikan komitmen kepada Kerajaan bahawa bekalan mencukupi
dan harga ayam pada kekal pada harga yang berpatutan dan di bawah harga siling semasa.