Page 23 - KPKM
P. 23
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 22
c. MESYUARAT PENAMATAN SUBSIDI AYAM DAN TELUR DAN KAWALAN HARGA
Tarikh : 10 Oktober 2023
Lokasi : Bilik Gerakan Aras 7, Wisma Tani.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KSU KPKM dan dihadiri oleh wakil Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tujuan
mesyuarat ini diadakan untuk mendapatkan pandangan daripada semua pihak berkepentingan
mengenai isu penamatan subsidi serta kawalan harga ayam dan telur ketetapan dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 4 Oktober 2023.
d. MESYUARAT BERSAMA PEMAIN INDUSTRI PENTERNAK AYAM DAN TELUR BERKAITAN KEPUTUSAN
PENAMATAN KAWALAN HARGA SERTA SUBSIDI AYAM DAN TELUR
Tarikh : 16 Oktober 2023
Tempat : Bilik Gerakan, Aras 7, Wisma Tani.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KSU KPKM dan dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian
dan pemain industri penternakan ayam dan telur ayam. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah
untuk memaklumkan perkembangan terkini penamatan subsidi dan kawalan harga ayam dan telur
susulan daripada pemakluman oleh YAB Perdana Menteri semasa Ucapan Belanjawan 2024 pada 13
Oktober 2023 dan mendapatkan pandangan pemain industri mengenai isu keputusan penamatan
kawalan harga dan subsidi ayam dan telur ayam.