Page 27 - KPKM
P. 27
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 26
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEPADA NELAYAN DI PENGERANG, JOHOR
Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Nelayan di Pengerang, Johor telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji
Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 15 Mac 2023. Majlis turut dihadiri
YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi
Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang.
Program penyerahan bantuan ini merupakan salah satu inisiatif dan keprihatinan KPKM melalui Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk membantu masyarakat
nelayan bagi meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan
kos sara hidup dan musibah.
Jenis bantuan yang telah disampaikan kepada Nelayan semasa majlis tersebut adalah seperti berikut:
a. Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kepada 408 nelayan dari kawasan Pengerang
sebanyak RM 122,400.00;
b. Lesen sampan khas kepada 47 orang nelayan kategori A.
c. Bantuan banjir sebanyak RM200 dan ‘Food Basket’ bagi 10 orang nelayan yang terkesan
akibat banjir; dan
d. Bantuan jaket keselamatan kepada 465 nelayan.
YB Menteri KPKM juga turut mengumumkan peruntukan RM29 juta untuk Kompleks LKIM Sungai Musoh
Pengerang, Johor pada tahun 2023. Inisiatif ini diharap dapat membantu nelayan memperkukuhkan
industri perikanan di negeri Johor.
Bantuan jaket keselamatan kepada 465 nelayan Pengerang, Johor oleh YB Dato’ Sri Azalina
Othman Said.