Page 62 - KPKM
P. 62

61   |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          f.   Peningkatan pengeluaran buah-buahan direkodkan daripada 1.68 juta tan metrik pada tahun
              2021 kepada 1.88 juta tan metrik pada tahun 2023. Manakala bagi sayur-sayuran, peningkatan
              pengeluaran dicatatkan daripada 1.31 juta tan metrik pada tahun 2021 kepada 1.47 juta tan metrik
              pada    tahun   2023.   Strategi  pengeluaran    agromakanan      ini  diperkukuhkan   menerusi
              penambahbaikan amalan pengurusan tanaman, pengenalpastian aksesi tempatan yang tahan
              kemarau, penghasilan varieti baru melalui proses pembiakbakaan serta peningkatan aktiviti
              R&D bagi menghasilkan varieti benih baharu yang rintang serangan penyakit.



          FOKUS LIMA (5) HALA TUJU KEMENTERIAN TAHUN 2023

          Keterjaminan makanan merupakan elemen utama Kementerian dimana penumpuan empat (4) dimensi
          sekuriti makanan merangkumi ketersediaan, akses, penggunaan serta kestabilan dan kemampanan
          seiring dengan objektif Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021 – 2025 dan Dasar
          Agromakanan Negara 2021 – 2030 (DAN 2.0).
          Sehubungan itu, KPKM telah menggariskan lima (5) hala tuju dan fokus utama bagi menjayakan agenda
          keterjaminan makanan negara, iaitu:

              i.  Perkasa industri akuakultur dengan penumpuan meningkatkan hasil akuakultur kepada 60%
                  untuk mengurangkan tekanan kepada permintaan sumber perairan semula jadi;

              ii.  Perluas ternakan lembu fidlot bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan dan eksport
                  dapat mencapai Kadar Sara Diri (SSR) 50% daging negara menjelang tahun 2025;

              iii.  Penanaman jagung bijian bagi mengurangkan kebergantungan kepada import bahan makanan
                  sehingga 30%;

              iv.  Penglibatan golongan belia yang merupakan kelompok utama yang cenderung dan terbuka
                  menerima teknologi pertanian moden selaras dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0)
                  seterusnya menjenamakan imej petani sebagai satu kerja berprofil tinggi; dan
              v.  Perkasa institut latihan pertanian bagi membangunkan bakat yang mampu memenuhi
                  permintaan pasaran dan industri.
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67