Page 57 - KPKM
P. 57

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      56




          KETERJAMINAN MAKANAN
          Berdasarkan kepada takrifan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO),
          keterjaminan  makanan wujud  apabila semua  manusia pada bila-bila masa  memperoleh  makanan
          berkhasiat secara mencukupi. Selain itu, makanan tersebut mestilah selamat bagi memenuhi keperluan
          dan pemilihan pemakanan manusia bagi membolehkan mereka menjalani suatu kehidupan yang aktif
          dan sihat. Dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, terdapat empat (4) komponen utama
          dalam sekuriti makanan iaitu:

              a.  ketersediaan makanan (availability) – ketersediaan kuantiti makanan yang mencukupi dan
                  berkualiti yang dibekalkan melalui pengeluaran domestik atau import. Pengeluaran makanan
                  tersebut mestilah mencukupi mengikut keperluan manusia;
              b.  akses makanan (accessibility) – akses kepada sumber makanan yang mencukupi oleh
                  individu;
              c.  penggunaan (utilization) – penggunaan ke atas makanan yang lengkap berterusan, air yang
                  bersih dan semua keperluan makanan dapat diperoleh; dan
              d.  kestabilan (stability) – untuk memastikan keterjaminan makanan, individu atau isi rumah
                  mesti mempunyai akses untuk makanan pada sepanjang masa. Mereka tidak akan
                  menghadapi risiko untuk mengakses makanan walaupun berlakunya kejutan pasaran seperti
                  krisis ekonomi dan sebagainya.

          Bagi  memastikan  hala tuju dan pelaksanaan  bagi  memacu keterjaminan makanan, tumpuan telah
          diberikan ke arah kemampanan sektor agromakanan dalam mengemudi krisis global. Sepanjang tahun
          2023, pertumbuhan ekonomi  terus mengukuh, inflasi terkawal, pengangguran menurun dan pelaburan
          berkembang. Pelbagai inisiatif Kerajaan terus dipergiat, termasuk usaha menaik taraf infrastruktur asas,
          menambah pendapatan pengusaha agromakanan, menangani kos sara hidup dan meningkatkan
          kesejahteraan rakyat.

          Keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan intervensi keterjaminan makanan kementerian dapat
          diterjemahkan menerusi prestasi sektor agromakanan yang menunjukkan pertumbuhan positif bagi
          tahun 2023.
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62