Page 55 - KPKM
P. 55

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      54



          KONVENSYEN KEBANGSAAN KUMPULAN PENGGUNA AIR TAHUN 2023 DI BERTAM
          RESORT, PULAU PINANG

          Sebagai menyokong usaha kementerian untuk memastikan keterjaminan makanan pada masa depan,
          Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air Tahun 2023 yang bertemakan “Transformasi KPA,
          Menjamin Sekuriti Makanan” telah diadakan pada 23 hingga 25 Oktober 2023 bertempat Bertam Resort,
          Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Pengarah BPSP. Konvensyen ini yang turut menjadi platform kepada
          petani untuk mengutarakan pendapat dan saling berkongsi pengalaman, telah melibatkan seramai 200
          orang peserta yang terdiri daripada petani dan pegawai pengiring dari semua IADA, MADA, KADA dan
          JPS Negeri seluruh negara. Konvensyen ini sarat dengan pelbagai pengisian melibatkan pembentangan
          kertas kerja oleh MARDI, DOA dan BERNAS.

          Konvensyen ini telah menobatkan KPA Koperasi Tanah Sawah Blok (B) Seberang Perak Berhad sebagai
          pemenang sulung setelah Indeks Penandaarasan Kumpulan Pengguna Air (MyKPA) dilaksanakan pada
          Tahun 2022. Wakil daripada KPA Koperasi Tanah Sawah Blok (B) Seberang Perak Berhad juga dijemput
          untuk perkongsian pengurusan KPA.

























                                          Sesi penyampaian Anugerah KPA terbaik 2022
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60