Page 58 - KPKM
P. 58

57   |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          SUMBANGAN SEKTOR AGROMAKANAN KEPADA EKONOMI NEGARA
          Prestasi ekonomi pada tahun 2023 menunjukkan aliran meningkat dengan jumlah Keluaran Dalam Negeri
          Kasar (KDNK) sebanyak RM1,566.5 bilion, meningkat 3.7 peratus (2022: RM1,510.9 bilion). Nilai ditambah
          sektor pertanian yang meliputi agromakanan dan komoditi industri juga menunjukkan prestasi yang
          semakin baik pada tahun 2023 dengan mencapai RM99.8 bilion, meningkat 0.7 peratus berbanding tahun
          sebelumnya (2022: RM 99.1 bilion). Agromakanan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan
          ekonomi sebanyak 11.6 peratus. Prestasi ini didorong oleh pertumbuhan agromakanan dan tiga (3) sektor
          utama iaitu  pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Sektor agromakanan terus memberikan
          sumbangan utama sebanyak 3.4 peratus atau RM53.7 bilion berbanding sektor komoditi industri, 2.9
          peratus atau RM46.0 bilion. Perincian KDNK tahun 2021 hingga 2023 secara keseluruhan adalah seperti
          jadual di bawah:




                                     2021                   2022 P                        2023 P
               Sektor
                               Nilai                   Nilai                  Nilai                   Kadar
               Utama                      Peratus                 Peratus                Peratus
                             Ditambah                Ditambah               Ditambah               Pertumbuhan
                                        Sumbangan               Sumbangan              Sumbangan
                             (RM Juta)               (RM Juta)              (RM Juta)                Tahunan
              Pertanian       99,000        7.1       99,073       6.6        99,791       6.4         0.7
            Agromakanan       53,245        3.8       52,620       3.5       53,746        3.4         2.1
           Komoditi Industri  45,755        3.3       46,452        3.1      46,045        2.9         -0.9

          Perlombongan dan
                               93,717       6.7       96,199       6.4        97,199       6.2         1.0
             Pengkuarian
              Pembuatan       336,830       6.7       96,199       6.4        97,199       6.2         1.0

              Pembinaan       50,889        3.7       53,441       3.5       56,688        3.6         6.1
             Perkhidmatan     794,552      57.1       881,310      58.3      927,826      59.2         5.3

             Tambah Duti       15,646       1.1       16,785        1.1       18,338       1.2         9.3
                Import
                KDNK
             Keseluruhan     1,390,644     100.0     1,510,939    100.0     1,566,547     100.0        3.7
                                                                                               P
                                                                                          Nota :   Data Provisional
          Jadual 1 : Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63