Page 61 - KPKM
P. 61
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 60
PRESTASI PELAN TINDAKAN DASAR SEKURITI MAKANAN NEGARA (DSMN) 2021-2025
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti serta pengeluaran komoditi tempatan
bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan. Pelaksanaan setiap inisiatif diperkukuhkan
menerusi pemantauan secara berkala ke atas Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021-
2025 berdasarkan hala tuju yang digariskan di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).
Sepanjang tempoh dua setengah tahun pelaksanaan Pelan Tindakan DSMN ini (Jun 2021 hingga Disember
2023), daripada 96 inisiatif yang telah dirangka, sebanyak 41 inisiatif telah selesai dilaksanakan dan 37
inisiatif dalam pelaksanaan. Manakala baki 18 inisiatif akan diselesaikan dalam tempoh 2024 hingga 2025.
Berdasarkan semakan semula Pelan Tindakan DSMN 2021-2025, keberkesanan pelaksanaan inisiatif dalam
meningkatkan produktiviti komoditi tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada
import makanan dapat dilihat, antaranya melalui:
a. Peningkatan pengeluaran akuakultur iaitu sebanyak 493 ribu tan metrik bernilai RM3.9 bilion, iaitu
melepasi sasaran sebanyak 480 ribu tan metrik yang ditetapkan pada tahun 2023. Selain itu,
peningkatan pendapatan pengusaha akuakultur turut direkodkan daripada RM2,740 pada tahun
2022 kepada RM3,370 pada tahun 2023;
b. Peningkatan produktiviti hasil padi dengan sasaran daripada 4 tan metrik kepada 7 hingga 10 tan
metrik per hektar di setiap kawasan penanaman padi di kawasan jelapang dan luar jelapang.
Inisiatif ini dicapai melalui pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB)
menerusi Model Ala Sekinchan di Kampung Lat 1000, Perlis (10.45 tan metrik per hektar), Kampung
Tok Mengkula, Kedah (7 tan metrik per hektar) dan Kampung GH-Kampung Grai, Terengganu (7 tan
metrik per hektar) pada tahun 2023;
c. Pengurangan kos sara hidup rakyat menerusi pelaksanaan Program Jualan Agro MADANI yang
memberi penjimatan antara 10% hingga 30% lebih rendah daripada harga pasaran. Pelaksanaan
jualan sepanjang tahun 2023 telah berjaya mencapai nilai jualan RM93.74 juta yang melibatkan
seramai 74,841 ribu usahawan. Manakala, penjimatan sebanyak RM27.8 juta dapat dinikmati oleh
2.90 juta pengunjung yang memberi manfaat kepada 11.6 juta isi rumah;
d. Pengeluaran daging lembu dalam negara melalui ternakan lembu fidlot sebanyak 463.1 tan metrik
berbanding 538.4 tan metrik yang disasarkan pada tahun 2023. Program ini akan turut diperkukuhkan
dengan meningkatkan populasi induk pembiak berkualiti dalam negara antaranya melalui Program
Peningkatan Ruminan yang berkonsepkan geran padanan pada kadar nisbah 50% Kerajaan: 50%
penternak;
e. Peningkatan penglibatan komuniti dalam pengeluaran agromakanan dengan tanaman sara
diri seperti sayuran dan herba melalui Program Pertanian Bandar. Bagi tempoh 2021 sehingga
2023, sebanyak 2,482 komuniti yang terdiri daripada 27,695 peserta terlibat dalam program ini;
dan