Page 56 - KPKM
P. 56
55 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BAHAGIAN DASAR DAN
PERANCANGAN STRATEGIK (BDPS)
OBJEKTIF BAHAGIAN
Merancang pembangunan strategik sektor agromakanan bagi menjayakan matlamat
Dasar Agromakanan Negara serta membangun dan memperkasakan pangkalan data
agromakanan secara komprehensif bagi analisis menyeluruh industri agromakanan.
FUNGSI BAHAGIAN
a. Menggubal dan mengemaskini dasar-dasar utama kementerian serta strategi
berkaitan dengan pertanian dan industri agromakanan negara;
b. Menetapkan hala tuju, pendirian negara dan menyelaras isu pembangunan
mampan diperingkat negara dan antarabangsa;
SEKTOR DASAR
c. Menyelaras dasar-dasar nasional yang menyentuh isu-isu merentasi semua
sub sektor pertanian dan menjadi fokal/wakil tetap/wakil gantian bagi mesyuarat
dasar utama;
d. Menguruskan data sektor agromakanan negara dan menyelaras projek-projek
yang berperanan sebagai central intelligence (data raya statistik dan repositori
maklumat strategik);
e. Mengesan dan menilai semula pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek
di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN), Rancangan Malaysia bagi jangka
masa lima (5) tahun dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara;
f. Menyelaras urusan berkaitan Jemaah Menteri seperti penyediaan Kertas
Jemaah Menteri, mengurusetiakan Mesyuarat Pasca Kabinet, menyelaras
pembentangan laporan tahunan dan penyata kewangan badan-badan
berkanun ke Mesyuarat Jemaah Menteri dan Persidangan Parlimen;
g. Mengurusetiakan isu berkaitan urusan parlimen yang melibatkan Kementerian;
h. Menyelaras dan menyediakan kertas, nota, ulasan, maklum balas, input dasar
kepada Majlis Mesyuarat Kabinet serta sesi temu ramah dan ucapan berkaitan
Dasar Agromakanan Negara;
i. Melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat Peringkat Tertinggi seperti
Sekretariat Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN), Mesyuarat
Pasca-Kabinet dan Mesyuarat Pengurusan Kementerian;
j. Memantau, menyelaras dan melaporkan pencapaian Ministerial Key
Performance Indicators (MPI) dan KPI semua tier Penjawat Pengurusan
Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) di kementerian dan jabatan; dan
k. Melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Sektretariat Jawatankuasa Dasar
Sekuriti Makanan Negara.