Page 53 - KPKM
P. 53
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 52
PENCAPAIAN PROGRAM BERIMPAK TINGGI
PERUNTUKAN JALAN PERTANIAN DAN OPERASI PENYELENGGARAAN
Bahagian ini turut menyelaras pelaksanaan kerja menaik taraf dan menyelenggara jalan pertanian serta
kerja penyelenggaraan dan baik pulih pelbagai infrastruktur pengairan dan saliran pertanian di kawasan
jelapang dan di luar kawasan jelapang seluruh Malaysia. Pada tahun 2023, sebanyak RM30juta telah
diperuntukkan untuk pelaksanaan kerja-kerja tersebut di seluruh negara.
KAJIAN KECEKAPAN PENGAIRAN
Sektor pertanian dan makanan yang merupakan pengguna utama air akan mengalami tekanan
yang semakin tinggi daripada pengguna air lain (seperti sektor industri dan domestik) yang mampu
menawarkan pulangan ekonomi yang lebih tinggi. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai situasi
semasa pengurusan sumber air dalam skim pengairan sedia ada dan menjalankan kajian terperinci
tentang ketersediaan sumber air dan penilaian keperluan air di dalam skim tersebut.
Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk mengenal pasti kelemahan sistem pengairan dan saliran
semasa, mencadangkan cadangan dan strategi untuk menambah baik pengurusan sumber air dalam
skim pengairan serta membangunkan pelan rancangan pengairan sumber di dalam skim pengairan.
Projek ini akan dijalankan di kawasan jelapang padi negara. Setiap kajian akan mengambil masa selama
78 minggu yang mana merangkumi 1 musim utama dan 1 luar musim antara kawasan pertanian yang
terlibat adalah MADA, KADA, IADA Pulau Pinang, IADA Kemasin Semerak, IADA Kota Belud, MADA, IADA
Rompin, IADA Batang Lupar, IADA Pekan, IADA Kerian, IADA KETARA, IADA Seberang Perak, IADA Barat Laut
Selangor.
KAJIAN EMPANGAN
Kajian empangan dilaksanakan bagi memastikan integriti struktur empangan pertanian di bawah KPKM
berada dalam keadaan baik dan berfungsi seperti reka bentuk asal dan menjamin keselamatan struktur
akibat daripada kegagalan melakukan pemeriksaan yang menyeluruh dan kerja-kerja pembaikan.
Antara empangan yang telah menjalankan pemeriksaan kajian ini adalah Empangan Paya Peda,
Empangan Jelebu (Stesen MARDI), Empangan Muda, Empangan Ahning dan Empangan Pedu.
KUMPULAN PENGGUNA AIR (KPA)
Selain memberi fokus kepada pelaksanaan pelbagai projek teknikal, bahagian ini juga melaksanakan
program pembangunan kapasiti bagi Kumpulan Pengguna Air (KPA). Objektif utama pelaksanaan
program KPA adalah untuk meningkatkan penglibatan petani dalam pengurusan sistem pengairan
sebagai salah satu usaha bagi menangani pelbagai isu seperti kekurangan air akibat tidak menepati
jadual pengairan, penyelenggaraan skim pengairan, serta vandalisme terhadap infrastruktur dan
kemudahan pengairan yang dibina oleh Kerajaan. Bagi mencapai objektif penubuhan KPA, bahagian
ini telah merangka pelbagai program yang turut mencakupi aspek pembangunan modal insan serta