Page 23 - MANUAL PENGURUSAN DISIPLIN 2020
P. 23
6 FAIL KELAS Fail Kelas yang sesuai perlu diwujudkan sendiri oleh Guru Kelas untuk
menyimpan semua rekod kelas seperti salinan surat-surat amaran, surat
sakit dan lain-lain dokumen.
Sila simpan fail ini di tempat yang mudah diakses agar boleh dirujuk pada
bila-bila masa terutama oleh Pembantu Guru Kelas atau pentadbir semasa
ketiadaan Guru Kelas.
Serahkan isi kandungan fail kepada PKHEM pada setiap hujung tahun.
APDM hendaklah sentiasa dikemaskini setiap hari.
7 LAIN-LAIN
HANYA 3 HARI surat ketidakhadiran daripada ibubapa/penjaga dibenarkan
(3 hari alasan). Murid yang sakit perlu mendapatkan SURAT SAKIT daripada
klinik atau hospital dan BUKAN resit pengesahan mendapatkan rawatan.
Sekiranya Guru Kelas tidak hadir kerana sakit atau berkursus, maka GURU
KELAS BERTANGUNGJAWAB UNTUK MENGINGATKAN PEMBANTU
GURU KELAS untuk mengisi kehadiran murid.
Sebarang kemusykilan perlulah dirujuk serta merta kepada PKHEM / PK
PETANG.
20