Page 25 - MANUAL PENGURUSAN DISIPLIN 2020
P. 25

7.  Guru Bertugas di  pintu pagar asrama  perlu memastikan bahawa murid asrama tidak lewat hadir /

                     ponteng atau lepak di Dewan Makan Asrama pada awal pagi.
                 8.  Guru Bertugas di pintu pagar kantin dan pintu pagar belakang sekolah perlu memastikan bahawa

                     pintu pagar ditutup dan tidak ada murid yang melalui pintu pagar tersebut.
                 9.  Ketua Guru Bertugas perlu membantu Ketua Guru Disiplin / Penolong Guru Disiplin memantau disiplin

                     murid selepas perhimpunan rasmi.
                 10. Membuat   catatan   mengenai   perkara-perkara   penting   yang   berlaku   sepanjang   hari   /   minggu

                     persekolahan ke dalam Borang Laporan Harian. Antara perkara-perkara yang perlu dicatat ialah:

                          kedatangan murid dan guru
                          murid ponteng, tidak hadir atau sakit

                          lawatan-lawatan / pelawat

                          ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan harian
                          mencatat laporan bertulis dalam borang laporan harian

                          atau laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
                 11. Ketua Guru Bertugas perlu memaklumkan kepada PK HEM jika terdapat Guru Kelas yang tidak menulis

                     kehadiran pada Papan Kenyataan khas yang telah disediakan untuk tindakan selanjutnya.
                 12. Pemantauan kelas bertugas mengutip sampah dan Kerja Amal dalam kawasan sekolah adalah 15 minit

                     sebelum sesi persekolahan bermula.

                 13. Mengawasi disiplin murid diluar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama
                     dibunyikan dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah (jika perlu).

                 14. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
                 15. Menguruskan rawatan murid yang sakit mengikut prosedur:

                     a.  Sakit ringan
                          Hubungi ibubapa/penjaga untuk mengambil murid tanpa berlengah

                          Rekodkan panggilan telefon yang dibuat dalam buku rekod khas di Pejabat Am.

                          Memantau keberadaan / keadaan murid di Bilik Kesihatan jika murid dibenarkan berehat.
                     b.  Sakit kronik / kecederaan / pendarahan

                          Hubungi ibubapa/penjaga untuk mengambil murid tanpa berlengah
                          Rekodkan panggilan telefon yang dibuat dalam Buku Log Panggilan Keluar di Pejabat Am.

                          Jika ibubapa murid tidak dapat dihubungi,
                            i. Maklumkan pentadbir

                            ii. Hubungi ambulans (jika perlu)





                                                                                                              22
   20   21   22   23   24   25   26