Page 24 - MANUAL PENGURUSAN DISIPLIN 2020
P. 24

TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN



                 1.  Ketua Guru Bertugas  perlu menyediakan Jadual Bertugas Guru dalam kumpulan masing-masing
                     seminggu sebelum minggu bertugas menggunakan format borang yang telah ditetapkan oleh PKHEM /

                     PK Petang. Salinan hendaklah diberikan seminggu sebelum bertugas kepada:
                     a) setiap ahli kumpulan

                     b) PK HEM (pagi) / PK Petang (petang)
                     c) Dilekatkan pada Papan Kenyataan di luar Bilik Guru untuk rujukan guru-guru dan murid.

                 2.  Ketua Guru Bertugas perlu mendapatkan semua borang pelaporan yang diperlukan di dalam fail yang

                     disediakan di Kaunter Bilik Guru bagi guru sesi pagi, manakala guru sesi petang boleh mendapatkan
                     borang-borang pelaporan daripada PK Petang.

                 3.  Guru bertugas harian hendaklah datang 15 minit sebelum sesi persekolahan bermula dan memastikan gril tangga dibuka
                     dan pulang 15 minit setelah sekolah berakhir.
                 4.  Semasa perhimpunan rasmi dan harian,

                      MPM (Majlis Perwakilan Murid) akan bertugas:
                          mengurus perhimpunan, menyediakan PA sistem dan mengambil kunci Dewan Harmoni.

                          memastikan pembesar suara dan tempat duduk guru (jika perlu) telah disediakan.

                          Mencatatkan minit-minit perhimpunan dalam Buku Catatan khas (perlu disemak oleh Guru MPM)
                      Guru bertugas perlu:

                          memastikan semua murid telah beratur mengikut kelas masing-masing.
                          Menyampaikan laporan guru bertugas mingguan (perhimpunan rasmi sahaja).

                 5.  Guru Bertugas yang bertugas di pintu masuk utama perlu membantu Ketua Guru Disiplin / Penolong
                     Guru Disiplin memantau disiplin murid pada setiap hari persekolahan.

                 6.  Guru Bertugas di pintu pagar kedua perlu memastikan bahawa tidak ada murid yang melepak di kedai

                     berdekatan sebelum sesi persekolahan bermula.


                                                                                                              21
   19   20   21   22   23   24   25   26