Page 88 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 88

78 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            zakat  kepada  masyarakat  menerusi  tiga  fasa  pelaksanaan  Projek
            MASA@Sungai  Nibong  tersebut.  Ketiga,  usaha  secara  proaktif
            menerusi     pemantauan     secara    sepenuh     masa     untuk
            mentransformasikan  golongan  mustahiq  kepada  muzakki.  Perkara  ini
            dilaksanakan melalui program agihan yang berkesan dengan kejayaan
            yang  diperolehi  oleh  Ahli  Wanita  untuk  berjaya  dalam  pekerjaan
            mahupun  bidang  perniagaan  yang  diceburi  dan  anak-anak  Ahli
            MASA@Sungai Nibong yang berjaya dalam melanjutkan pendidikan
            mereka.

            KESIMPULAN
            Secara keseluruhannya, bab ini telah  menunjukkan perubahan sifat dan
            sikap Ahli Wanita telah dapat dicapai walaupun masih terdapat ruang
            untuk memperkasakan potensi mereka dengan lebih baik. Walaupun
            kejayaan  diperolehi  disyukuri  dan  memastikan  pelaksana  projek
            MASA@Sungai Nibong tidak leka (complacent), usaha-usaha proaktif
            dan tersusun masih tetap diteruskan untuk meningkatkan pengetahuan
            dan  kemahiran  setiap  Ahli  MASA@Sungai  Nibong  termasuk  anak-
            anak  mereka.  Peningkatan  nilai  tambah  bermula  dengan  aspek
            keagamaan  menjadi tunjang utama yang penting kerana ia adalah asas
            kepada  tujuan  manusia  dijadikan  oleh  Pencipta.  Kejayaan  dalam
            mendidik jiwa terutamanya dalam aspek keagamaan bukan sahaja akan
            meningkatkan  tahap  kefahaman,  tetapi  juga  akhirnya  akan
            meningkatkan kesedaran yang diyakini dapat mengubah sifat dan sikap
            secara berperingkat-peringkat ke arah yang lebih positif. Kewujudan
            sistem sokongan dan pemantauan berterusan ini juga telah membantu
            meningkatkan motivasi Ahli Wanita khususnya untuk terus berusaha
            bersungguh-sungguh  dalam  meningkatkan  jiwa,  tahap  ekonomi  dan
            kualiti  kehidupan  kekeluargaan  mereka  bukan  sahaja  untuk  mereka
            semata-mata malah lebih penting untuk generasi anak dan keturunan
            mereka.  Walaupun  kejayaan  yang  diharapkan  adalah  pembasmian
            kemiskinan,  namun  sekiranya  dari  segi  pengukuran  dari  sudut



                                                                           76
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93