Page 86 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 86
76 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
menghadapi cabaran dengan sikap yang lebih konstruktif untuk
mencari penyelesaian.
Ketiga, perubahan sikap. Ahli Wanita didedahkan kepada keperluan
mempunyai sikap terbuka terhadap peluang yang terdapat di sekeliling
mereka dan juga kepentingan mempunyai sikap bekerja keras serta
komited terhadap segala bentuk tugasan yang dijalankan. Sikap terbuka
terhadap peluang membuka pintu kepada Ahli Wanita untuk
menjelajah pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan. Sikap ini
memastikan mereka tidak melepaskan peluang yang mungkin
membawa kepada peningkatan pendapatan. Manakala, sikap bekerja
keras dan komited terhadap matlamat yang ditetapkan membantu Ahli
Wanita fokus untuk bekerja dengan tekun dan berusaha untuk
mencapai kejayaan. Sikap ini akan meningkatkan daya usaha mereka
dan peluang untuk meningkatkan pendapatan.
Perubahan sifat, minda dan sikap dapat membantu membentuk
individu yang lebih proaktif, inovatif dan berjaya secara rohani (jiwa),
ekonomi mahupun jasmani. Dengan melibatkan Ahli Wanita dalam
proses pembangunan diri ini, Projek MASA@Sungai Nibong telah
dapat mencipta persekitaran yang memperkasakan mereka untuk
mencapai pendapatan yang lebih baik dan meningkatkan kesejahteraan
mereka sebagai komuniti MASA@Sungai Nibong.
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi daripada dapatan ini menunjukkan agensi-agensi yang terlibat
untuk mengurus kemiskinan boleh merangka sekurang-kurangnya dua
inisiatif dalam pelan tindakan. Pertama, perlu merangka pelan tindakan
untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran Ahi
MASA@Sungai Nibong mengikut kesesuaian latar belakang
pendidikan dan pengetahuan mereka terutama terhadap agama Islam.
Perkara ini boleh diusahakan menerusi program intervensi seperti
74