Page 87 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 87
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 77
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
program bersama Agensi Kerajaan atau Agensi Bukan Kerajaan (atau
NGO), program halatuju usahawan dan kemahiran – pengupayaan
digitalisasi, ceramah agama secara berkala (usahasama bersama surau)
dan sesi one-to-one bersama kumpulan penyelidik yang diadakan setiap
minggu mengikut kumpulan yang telah dikenalpasti. Kedua,
mengambil langkah yang lebih proaktif dalam mencari asbab untuk
mempergiatkan lagi penglibatan KIR dan PKIR, terutamanya,
terhadap aktiviti bersifat keagamaan.
Dapatan-dapatan di atas menunjukkan perlunya program intervensi
dan latihan serta aktiviti yang bersifat keagamaan dirancang, disusun
dengan baik dan dianjurkan supaya KIR selain mendapat bantuan
daripada segi material perlu juga diberi perhatian terhadap aspek rohani
(spiritual) mereka. Pegangan agama yang amat baik merujuk kepada
kekayaan jiwa. Kekayaan jiwa dijangkakan akan dapat membentuk
akhlak yang baik dan mendorong kepada konsistensi untuk mengubah
nasib hidup, sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT agar
dijauhi kehidupan dibelenggu kemiskinan harta kerana kemiskinan
harta juga boleh membawa kepada kekufuran sekiranya berlaku
kemiskinan jiwa (Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad, 2011).
Seterusnya dapatan-dapatan ini membantu pengurusan ZPP terutama
dalam menyantuni golongan asnaf fakir dan miskin kerana pencapaian
Ahli Wanita yang dikongsikan dalam bab ini menunjukkan Ahli Wanita
telah memainkan peranan untuk bantu ZPP capai sasaran dalam teras
strategik Pelan Strategik Zakat Pulau Pinang 2020-2022 menerusi tiga
pendekatan strategik yang terdapat pada projek MASA@Sungai
Nibong. Pertama, menjalinkan kolaborasi strategik dengan pihak-pihak
berkepentingan seperti ISDEV dan WPP dalam meningkatkan operasi
agihan zakat yang lebih efisien melalui penyaluran dana terhadap
MASA@Sungai Nibong setiap tahun. Kedua, mempelbagaikan
pendekatan dan medium secara kreatif bagi memaksimumkan dakwah
75