Page 85 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 85
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 75
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
Meningkatkan kesedaran
10. Pertanian mengenai kelestarian dan
Bandar MASA mendorong gaya hidup yang
sihat.
Dengan kepelbagaian aktiviti dari lima jenis program ini, Ahli Wanita
dapat terlibat dalam inisiatif yang telah dirancang sama ada secara
harian, bulanan, tahunan mahupun berkala. Kehadiran dan penglibatan
mereka telah memberikan peluang yang lebih besar untuk mereka
secara aktif memanfaatkan peluang di persekitaran mereka dan
menjana pendapatan dengan berkesan.
CADANGAN HASIL DARIPADA PENELITIAN
Berdasarkan hasil temu bual yang telah dijalankan terdapat perubahan
terhadap sifat, minda dan sikap Ahli Wanita untuk meningkatkan
pendapatan dan kesejahteraan mereka. Berikut adalah tiga cara
bagaimana perubahan ini dapat memberi kesan positif. Pertama,
perubahan sifat. Perubahan ini memerlukan wanita mempunyai sifat
ketekunan dan kecekalan. Ahli Wanita yang mempunyai sifat
ketekunan dan kecekalan didapati lebih mampu menghadapi cabaran
dalam mencapai matlamat peningkatan ekonomi mereka. Mereka tidak
mudah berputus asa dalam menghadapi rintangan dan kegagalan. Di
samping itu, sifat inovatif dan kreatif turut diperlukan dalam diri Ahli
Wanita. Sifat ini dapat membantu mereka untuk melihat peluang
baharu dalam mencipta atau meningkatkan pendapatan mereka.
Kedua, perubahan minda. Untuk berubah perlu minda pembelajaran
dan minda yang positif. Minda pembelajaran membantu Ahli Wanita
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Manakala, minda
yang positif telah dapat membantu segolongan Ahli Wanita
73