Page 80 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 80

70 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            bersamaan dengan seorang daripada tiga orang anak yang menduduki
            SPM  pada  tahun  2020,  seorang  daripada  tiga  orang  anak  yang
            menduduki SPM pada tahun 2021 dan dua orang daripada empat orang
            anak  yang  menduduki  SPM  pada  tahun  2022  yang  menyambung
            pelajaran  ke  peringkat  seterusnya.  Dapatan  ini  mendapat  sokongan
            daripada  kajian  Wan  Nor  Azriyati  et  al.  (2011)  yang  menyatakan
            terdapat hubungan positif antara kemiskinan dengan peningkatan taraf
            pendidikan dalam institusi kekeluargaan yang mana dalam kajiannya
            dalam kalangan 86% kumpulan miskin bandar, pendidikan tertinggi
            yang dimiliki mereka hanyalah di peringkat SPM.

            Selain itu, dapatan ini turut disokong oleh kajian Khalid et al., (2018)
            dengan menyatakan bahawa status sosioekonomi dan taraf pendidikan
            ibu  bapa  memainkan  peranan  penting  kepada  pembangunan
            pendidikan anak-anak. Akibat daripada penafian hak pendidikan anak-
            anak,  maka  ia  menyebabkan  pembangunan  pendidikan  terhenti  di
            paras  minimum  (SPM).  Hal  ini  turut  mengundang  kepada  potensi
            anak-anak ini bekerja selepas tamatnya persekolahan akibat daripada
            desakan  kemiskinan  yang  menuntut  mereka  untuk  bekerja  demi
            menjamin kelangsungan kehidupan seharian individu dan keluarga.

            Dapatan-dapatan  yang  diperolehi  ini  telah  dapat  membantu  Projek
            MASA@Sungai Nibong mengenalpasti dan merangka program yang
            bersesuaian  dengan  keperluan  dan  kehendak  Ahli  MASA@Sungai
            Nibong secara amnya dan Ahli Wanita secara khusus walaupun projek
            ini  pada  peringkat  awal  terkesan  dengan  Pandemik  Covid-19  yang
            melanda negara ini.  Perubahan enam orang Ahli Wanita daripada tidak
            produktif  (tidak  mempunyai  sumber  pendapatan  secara  bulanan)
            kepada  produktif  (yang  berjaya  memperolehi  sumber  pendapatan
            secara  bulanan)  merupakan  satu  titik  positif  dalam  memperkasakan
            golongan miskin bandar ini. Program-program yang dirancang bersifat
            intervensi dan mempunyai unsur-unsur pemerkasaan Ahli semuanya



                                                                           68
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85