Page 79 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 79

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 69
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            begitu,  Ahli  Wanita  menghadapi  masalah  sukar  mendapatkan
            pekerjaan  yang  menawarkan  gaji  yang  lebih  tinggi  disebabkan  taraf
            pendidikan  mereka  yang  rendah  dan  juga  disebabkan  kekurangan
            kemahiran kerja yang dimiliki oleh mereka.

            Faktor  kemahiran  dan  pendidikan  memainkan  peranan.  Hampir
            kesemua  Ahli  Wanita  didapati  tidak  memiliki  kemahiran  atau
            pendidikan yang diperlukan untuk bekerja dalam sektor perkilangan.
            Sebahagian  besar  pekerjaan  dalam  sektor  ini  memerlukan  latihan
            khusus atau pendidikan dalam bidang teknikal. Apabila mereka tidak
            memiliki  akses  dari  segi  pengetahuan  dan  kemahiran  seperti  yang
            diperlukan  Ahli  Wanita  tidak  dapat  bersaing  untuk  mendapatkan
            pekerjaan dalam sektor perkilangan ataupun sektor lain. Perkara ini
            bertepatan  dengan  kajian  Wan  Nor  Azriyati  et  al.  (2011)  yang
            menyatakan  kesukaran  golongan  miskin  bandar  ini  meneruskan
            kelangsungan kehidupan juga adalah kerana kesukaran mendapatkan
            pekerjaan akibat daripada kekurangan daripada aspek kemahiran yang
            dimiliki oleh mereka bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Ini
            menjadikan mereka tergolong dalam kumpulan miskin bandar daripada
            aspek kekurangan kepada tahap pendidikan yang dimiliki oleh individu
            bagi mendepani pasaran pekerjaan di kawasan bandar.

            Dapatan juga menunjukkan kesan utama peningkatan pendapatan isi
            rumah memberi kesan kepada peluang pendidikan terhadap anak-anak.
            Pendapatan seisi rumah merupakan faktor utama yang menyumbang
            kepada kesan ini. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dunn et
            al. (2004), status sosioekonomi keluarga miskin menjadikan anak-anak
            tidak mendapat pendidikan yang sempurna serta menjadikan mereka
            kurang  berminat  kepada  pendidikan.  Perkara  ini  ditunjukkan
            berdasarkan  kepada  lepasan  SPM  anak-anak  Ahli  MASA@Sungai
            Nibong untuk tahun 2020, 2021 dan 2022. Didapati hanya 40%  yang
            melanjutkan  pendidikan  mereka  ke  tahap  yang  lebih  tinggi  iaitu



                                                                           67
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84