Page 78 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 78
68 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
yang dihadapi menerusi sokongan yang diberikan dalam usaha
membantu mereka berfikir secara kritis (iaitu mengorak langkah untuk
berada di luar persekitaran dan zon kebiasaan mereka) supaya mereka
bersedia untuk berkhidmat secara “Makan Gaji” atau menerusi
perniagaan/usaha mereka demi kesejahteraan keluarga mereka.
Daripada dapatan dan analisis ini juga menunjukkan Ahli Wanita yang
cenderung untuk bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan perlu
menanamkan niat dan dibimbing untuk kembangkan perniagaan
mereka, namun perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana
mereka belum dapat membangunkan produk yang tersendiri. Secara
alternatif, Projek MASA@Sungai Nibong sentiasa perlu bergerak
secara dinamik untuk menjalankan pelbagai program berbentuk
intervensi dan pemerkasaan insan yang dirangka khas untuk memberi
kesedaran kepada mereka untuk mencari peluang pekerjaan secara
separuh masa yang ditawarkan di sekitar lokaliti mereka untuk
menampung sumber pendapatan mereka daripada perniagaan atau
sumber sendiri yang didapati masih mempunyai ruang untuk
dipertingkatkan. Kumpulan Ahli Wanita ini juga didapati berhadapan
dengan kekangan masa kerana perlukan masa yang anjal dalam
menguruskan ahli keluarga mereka, samada yang disebabkan suami
mereka yang menghadapi masalah kesihatan atau untuk segolongan
Ahli Wanita ini (khususnya KIR), anak-anak mereka yang kecil dan
masih bersekolah di pra-sekolah atau peringkat tahap satu di sekolah
rendah.
Dapatan kajian ini menunjukkan Ahli Wanita berusaha mengambil
peluang yang terdapat di sekitar lokaliti mereka untuk meningkatkan
taraf sumber pendapatan bulanan mereka berdasarkan kepelbagaian
peluang pekerjaan dan perniagaan yang terdapat di sana. Perkara ini
konsisten dengan dapatan Ravallion (2007) yang menyatakan peluang
pekerjaan lebih luas di bandar berbanding di luar bandar. Namun
66