Page 82 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 82

72 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            ini  secara  langsung  dan  juga  secara  tidak  langsung  telah  dapat
            membantu  meningkatkan  pendapatan  dan  kedinamikan  hubungan
            kekeluargaannya.  Menyediakan sistem sokongan secara holistik dari
            segi pembangunan insan, ekonomi dan komuniti merupakan salah satu
            pendekatan yang boleh diterokai dengan lebih mendalam mengurus
            kemiskinan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka terutama
            di bandar.

            KEPELBAGAIAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN
            Bahagian  kelima  ini  mempersembahkan  bagaimana  kepelbagaian
            aktiviti  yang  dijalankan  hasil  daripada  pembangunan  lima  jenis
            program tersebut telah membantu Ahli Wanita ini untuk secara aktif
            memanfaatkan  peluang  yang  terdapat  di  persekitaran  mereka  untuk
            menjana dan meningkatkan pendapatan mereka. Jadual 4 merupakan
            perincian perkara tersebut.

                Jadual 4: Tujuan Pelaksanaan Setiap Aktiviti yang Dirancang
                JENIS            JENIS                   TUJUAN
             PROGRAM           AKTIVITI              PELAKSANAAN
                                                i. Aktiviti ini membantu
                                                wanita memperdalam
                                                pemahaman agama,
                                                memberikan kestabilan emosi
                                                dan membentuk nilai-nilai
             1. Program     01. Memperkukuh     kehidupan yang positif.
             Intervensi                         ii. Kefahaman agama yang
             Insan          Asas Agama          kuat boleh memberikan
                                                dorongan moral dan
                                                ketenangan serta
                                                membolehkan mereka
                                                menghadapi cabaran dengan
                                                lebih positif.



                                                                           70
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87