Page 77 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 77

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 67
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            dalam  projek  ini  apabila  terdedah  dengan  program-program  yang
            menyelitkan unsur-unsur pembelajaran sepanjang hayat samada secara
            formal  atau  sebaliknya  berusaha  untuk  mempertingkatkan  sumber
            pendapatan  keluarga  mereka  samada  menerusi  “Makan  Gaji”  atau
            perniagaan dan usaha sendiri. Jadual 2 juga menunjukkan bilangan Ahli
            Wanita  yang  berusaha  untuk  mendapatkan  sumber  pendapatan
            menerusi  perniagaan  atau  usaha  sendiri  telah  meningkat  daripada
            empat  orang  ke  lima  orang  dan  mereka  juga  telah  berjaya
            mempertingkatkan sumber pendapatan bulanan mereka secara purata
            daripada  RM587  sebulan  kepada  RM770  sebulan  iaitu  bersamaan
            peningkatan sebanyak 31%. Dari segi peningkatan pendapatan didapati
            Ahli  Wanita  dalam  kategori  “Makan  Gaji”  mengalami  peningkatan
            yang  lebih  banyak  berbanding  mereka  yang  di  bawah  kategori
            “Berniaga/Pendapatan Sendiri”.

            Tambahan,  Jadual  2  juga  menunjukkan  bahawa  lapan  orang  Ahli
            Wanita  daripada  16  orang  Ahli  Wanita  tidak  mempunyai  sumber
            pendapatan  di  peringkat  awal  penyertaan  Projek  MASA@Sungai
            Nibong.  Enam daripada lapan orang ini telah berusaha dan berjaya
            untuk memperoleh sumber pendapatan setelah terlibat dengan Projek
            MASA@Sungai  Nibong.  Dua  orang  Ahli  Wanita  (kedua-duanya
            PKIR) berada dalam kategori KBP (Kurang Berupaya Produktif)  di
            atas  permasalahan  kesihatan  yang  mereka  hadapi.  Daripada  enam
            orang  ini,  lima  daripada  mereka  berjaya  mendapat  pekerjaan  dalam
            kategori “Makan Gaji” samada secara sepenuh masa (empat orang)
            atau separuh masa (seorang) manakala seorang Ahli Wanita telah mula
            mengorak  langkah  menceburi  bidang  perniagaan  menerusi
            perkhidmatan  makanan  sedia  berbungkus  untuk  memenuhi
            permintaan warga kerja yang bergegas ke tempat kerja masing-masing
            di awal pagi. Menerusi analisis yang dilaksanakan didapati rata-rata Ahli
            Wanita mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengubah tahap sosio-
            ekonomi keluarga mereka apabila mereka berupaya mengatasi masalah



                                                                           65
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82