Page 81 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 81
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 71
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
bertunjangkan “Rasa Bertuhan dan Rasa Kehambaan” telah sedikit
sebanyak menyuntik kesedaran kepada Ahli Wanita untuk merubah
sifat dan sikap mereka serta lebih peka terhadap peluang-peluang yang
terdapat di sekeliling persekitaran mereka dalam usaha membangunkan
satu komuniti Islam di bandar yang lestari dan berdaya saing.
KERANGKA PELAN TINDAKAN
Bahagian keempat mengemukakan kerangka pelan tindakan yang telah
dijalankan dalam usaha membantu Ahli Wanita ini meningkatkan
pendapatan untuk keluarga mereka dan bagaimana kerangka pelan
tindakan tersebut diterjemahkan kepada lima jenis program yang telah
dibangunkan oleh ISDEV dengan sokongan kuat daripada ZPP
menerusi Projek MASA@Sungai Nibong ini. Program tersebut adalah
seperti yang terdapat dalam Jadual 3.
Jadual 3: Program MASA@Sungai Nibong
JENIS PROGRAM JENIS AKTIVITI
1. Program Intervensi 01.Memperkukuh Asas Agama
Insan 02.Mempertingkatkan Pengetahuan
03. Solat Sunat Qiamullail
2. Program Pemerkasaan 04. Sesi ISDEV Bersama Komuniti
Insan
05. Kelas Asas Memanah
3. Program Pemerkasaan
Ekonomi 06. Halatuju Usahawan
07. Bersama Agensi Kerajaan/NGO
4. Program Pemerkasaan (Pihak Ketiga)
Komuniti
08. Siri Kembara (Rehlah)
5. Program Libatsama 09. Dapur MASA
Komuniti 10. Pertanian Bandar MASA
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, seorang Ahli Wanita telah
menyatakan bahawa kesan dan impak menghadiri program-program
69