Page 76 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 76
66 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
Jadual 2 juga menunjukkan terdapat peningkatan dari segi bilangan
Ahli Wanita yang berjaya menjana pendapatan bulanan secara berkala
(konsisten) dan juga meningkatkan purata pendapatan bulanan mereka
secara purata setelah mengikuti pelbagai program yang telah disusun
dan dilaksanakan secara harian, mingguan, bulanan, berkala dan secara
khas oleh Projek MASA@Sungai Nibong. Untuk Ahli Wanita di mana
sumber pendapatan bulanan mereka adalah menerusi majikan (“Makan
Gaji”) terdapat peningkatan sebanyak 56%. Daripada hanya empat
orang yang mempunyai sumber pendapatan menerusi “Makan Gaji”
sebelum menyertai projek MASA@Sungai Nibong, jumlah ini telah
meningkat secara ketara kepada sembilan orang. Daripada jumlah ini
peningkatan dilihat daripada hanya dua orang untuk mereka yang
bekerja secara sepenuh masa kepada enam orang dan juga daripada
hanya dua orang untuk mereka yang bekerja secara separuh masa
kepada tiga orang. Salah seorang KIR “Makan Gaji” ini sebenarnya
telah berubah corak pendapatannya daripada sepenuh masa kepada
separuh masa berikutan umurnya yang telah mencecah 60 tahun dan
pihak majikan tidak mahu sambung kontrak perkhidmatannya.
Untuk yang bekerja secara “Makan Gaji”, dua orang Ahli Wanita
berkhidmat dalam sektor kesihatan, seorang dalam sektor pendidikan,
seorang dalam sektor perkhidmatan, seorang dalam sektor perkilangan
manakala baki empat orang dalam sektor perniagaan runcit (makanan).
Peningkatan ini turut berlaku terhadap purata pendapatan Ahli Wanita
sebanyak 35% atau secara purata sebanyak RM1,050 sebulan pada
tahun 2023.
Dapatan menunjukkan kesemua Ahli (sembilan orang) yang
mempunyai pendidikan pada tahap sekurang-kurangnya SPM berjaya
mendapatkan sumber pendapatan samada menerusi “Makan Gaji”
iaitu seramai enam orang dan menerusi perniagaan/perusahaan sendiri
seramai tiga orang. Dapatan ini menunjukkan bahawa Ahli Wanita
64