Page 73 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 73

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 63
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            lokasi  Projek  MASA@Sungai  Nibong.  Kehadiran  sektor-sektor  ini
            menunjukkan  terdapat  pelbagai  peluang  dari  segi  pekerjaan  atau
            pasaran produk perniagaan yang boleh dimanfaatkan oleh Ahli Wanita.
            Menurut  Scanlion  (2013)  oleh  kerana  golongan  miskin  mempunyai
            keupayaan ilmu pengetahuan yang terhad mereka berhadapan dengan
            kurang kesedaran dan keyakinan diri terhadap keupayaan diri sendiri
            untuk bergerak maju kerana faktor sekeliling yang serba kekurangan.
            Namun  berdasarkan  Rajah  1  memperlihatkan  bahawa  Ahli  Wanita
            tidak berhadapan dengan persekitaran yang serba kekurangan malah
            sebaliknya  Ahli  Wanita  ditawarkan  dengan  persekitaran  yang  sarat
            dengan  peluang.  Ini  merupakan  salah  satu  keunikan  yang  tersendiri
            yang terdapat pada Projek MASA@Sungai Nibong.

            Oleh  kerana  Ahli  MASA@Sungai  Nibong  terdedah  dengan
            persekitaran yang sarat dengan peluang, Rajah 2 menunjukkan Ahli
            Wanita telah berjaya mengambil peluang untuk bergerak maju dalam
            memperkasa  diri  mereka  menerusi  kemahiran  dan/atau  penjanaan
            pendapatan  yang  dapat  dimanfaatkan  oleh  mereka.  Majoriti  Ahli
            Wanita  (37%)  bekerja  dalam  lingkungan  radius  5KM  daripada
            kediaman mereka berbanding 31% yang memilih untuk bekerja di luar
            kawasan radius 5KM.





















                                                                           61
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78