Page 70 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 70
60 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
Berdasarkan Jadual 1, tahap pendidikan tertinggi Ahli Wanita
MASA@Sungai Nibong menunjukkan hanya seorang sahaja yang
menyambung pelajaran selepas SPM dan telah berjaya memperoleh
Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) manakala daripada 11 orang
yang mempunyai tahap pendidikan di Sekolah Menengah, 69% (atau
lapan orang) berjaya mendapat sekurang-kurangnya Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM). Jadual 1 menunjukkan majoriti wanita ini berkeluarga
dan memainkan penting dalam kehidupan kekeluargaan mereka. Tahap
pendidikan mereka secara langsung atau tidak langsung mencorak
penyertaan sosial masyarakat mereka yang menentukan samada dapat
memberi impak kepada satu kitaran sub-budaya yang boleh diubah ke
arah yang lebih positif.
Sub-budaya yang dimaksudkan merujuk kepada kewujudan stigma dan
pengasingan masyarakat yang seterusnya melahirkan masyarakat yang
berpendidikan rendah dan dengan itu kesukaran mendapat peluang
pekerjaan yang lebih baik serta pengekalan kepada status kemiskinan
bandar yang berpanjangan (Vinson, 2009). Data daripada Projek
MASA@Sungai Nibong konsisten dengan penemuan bahawa
pendidikan masyarakat miskin bandar di Malaysia masih berada di
tahap yang rendah akibat daripada faktor sub-budaya yang telah
menyebabkan mereka terpaksa mengorbankan hasrat untuk
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Desakan kos
sara hidup yang semakin meninggi menjadikan pendidikan bukan lagi
keutamaan dalam kehidupan selain daripada keperluan makanan dan
tempat tinggal. Oleh kerana itu, keutamaan terhadap pendidikan
terpaksa dikorbankan demi mencari pekerjaan sebagai penyelesaian
yang terbaik bagi menjamin kelangsungan kehidupan mereka walaupun
hanya dengan memiliki sijil SPM atau setaraf.
Di Malaysia, kualiti hidup individu boleh dilihat dalam pelbagai aspek
termasuklah kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan
58