Page 65 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 65

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 55
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            disesuaikan dengan tema buku ini iaitu dikhususkan kepada golongan
            wanita  yang  bekerja  dan  berusaha  untuk  meningkatkan  pendapatan
            keluarga mereka yang terlibat dengan Projek MASA@Sungai Nibong.

            WANITA BERKERJAYA
            Wanita berkerjaya merujuk kepada penglibatan wanita dalam bidang
            pekerjaan  bukan  sesuatu  yang  asing  pada  masa  kini  dan  juga  sejak
            dahulu lagi. Pekerjaan  di sini tidak dihadkan hanya kepada yang bergaji
            atau makan gaji namun merangkumi mereka yang mencar pendapatan
            menerusi sumber sendiri seperti perusahaan atau perniagaan. Dalam
            hal  ini,  salah  seorang  wanita  yang  boleh  dijadikan  contoh  teladan
            adalah,  Saidatina  Khadijah  RA  yang  merupakan  seorang  usahawan
            berjaya pada zamannya sebelum dan setelah beliau bernikah dengan
            Rasulullah SAW.

            Dari perspektif Malaysia pula, berdasarkan maklumat statistik Jabatan
            Perangkaan Malaysia 2019 menunjukkan jumlah keseluruhan tenaga
            buruh  di  negara  ini  keseluruhannya  sebanyak  15.53  juta.  Manakala
            daripada jumlah tersebut, wanita mewakili sebanyak 6.06 juta orang
            (atau 39%). Data ini umumnya tidak mengira para wanita yang bekerja
            secara  sambilan  daripada  rumah  dari  berbagai  bidang  kerja.  Di
            Malaysia, setiap tahun kerajaan dengan rasminya meraikan sambutan
            Hari Wanita Kebangsaan pada 25 hari bulan Ogos setiap tahun sebagai
            langkah mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan ini terhadap
            kemajuan  negara  secara  umum.  Beberapa  faktor  dilihat  merupakan
            penyebab seseorang wanita mengambil keputusan untuk berkerjaya.
            Sebahagian  faktor-faktor  itu  cenderung  kepada  keperluan  peribadi
            manakala  sebahagian  yang  lain  mengambil  kira  kemaslahatan  dan
            kesinambungan keluarga. Faktor utama yang mendorong wanita untuk
            turut  sama  bekerja  adalah  untuk  menampung  keperluan  semasa
            keluarga. Selain daripada itu, faktor ganjaran dan upah yang lebih tinggi





                                                                           53
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70