Page 60 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 60
50 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
memberikan gambaran tentang latar belakang golongan wanita ini dan
pelbagai bentuk cabaran yang dihadapi oleh wanita yang berstatus ibu
tunggal mahupun wanita yang masih mempunyai pasangan (suami)
mereka. Bahagian ketiga merupakan perbincangan berdasarkan
dapatan yang diperolehi menerusi pemerhatian turut serta dan juga
tidak turut serta dan juga temu bual mendalam secara bersemuka
dengan Ahli Wanita ini terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi oleh
golongan wanita ini. Bahagian keempat mengemukakan kerangka
pelan tindakan yang telah dijalankan dalam usaha membantu Ahli
Wanita ini meningkatkan pendapatan untuk keluarga mereka dan
bagaimana kerangka pelan tindakan tersebut diterjemahkan kepada
lima jenis program yang telah dibangunkan oleh Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
menerusi Projek MASA@Sungai Nibong ini. Bahagian kelima
mempersembahkan bagaimana kepelbagaian aktiviti yang dijalankan
hasil daripada pembangunan lima jenis program tersebut telah
membantu Ahli Wanita ini untuk secara aktif memanfaatkan peluang
yang terdapat di persekitaran mereka untuk menjana dan
meningkatkan pendapatan mereka. Bahagian keenam merupakan
cadangan hasil daripada penelitian yang dijalankan berkenaan ruang-
ruang yang masih terbuka untuk diterokai dalam usaha membantu Ahli
Wanita ini meningkatkan pendapatan mereka. Bahagian ketujuh,
menyatakan implikasi daripada usaha-usaha yang dijalankan ini,
menunjukkan betapa perlunya pembinaan strategi dan program
berbentuk intervensi atau berbentuk pemerkasaan yang bersifat flexible
(anjal) dan tidak bersifat rigid (keras) untuk menatijahkan anjakan
terhadap perubahan sifat, minda dan sikap kepada Ahli Wanita ini
supaya tidak terperangkap dalam kitaran kemiskinan dan berupaya
untuk keluar daripadanya dan capai tahap kesejahteraan yang
didambakan. Bahagian terakhir, merupakan penutup dan memberi
kesimpulan kepada keseluruhan bab ini.
48