Page 59 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 59

49
                                  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 49
                                                     omen and Community Dev
                                  Zakat & Waqf: Impact on W
                                                                       elopment |
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            Chapter 3:
            PENINGKATAN                   PENDAPATAN                  DAN
            KESEJAHTERAAN WANITA DALAM KOMUNITI

            MASA@SUNGAI              NIBONG:         CABARAN          DAN
            STRATEGI

            Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor
            Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
            Universiti Sains Malaysia

            Shereeza Mohamed Saniff
            Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
            Universiti Sains Malaysia

            ABSTRAK
            Bab ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis cabaran dan strategi
            untuk  meningkatkan  pendapatan  dan  kesejahteraan  peserta  wanita
            yang terlibat dalam Projek Makmal Sosio-Akademik Sungai Nibong
            (MASA@Sungai  Nibong).  MASA@Sungai  Nibong  merupakan  satu
            projek perintis dan unik melibatkan usahasama tiga agensi Islam dan
            satu pusat kajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terdapat
            di  Pulau  Pinang  dalam  kerangka  pembangunan  insaniah  golongan
            miskin  bandar  yang  terpilih.  Fokus  bab  ini  adalah  pada  golongan
            miskin, khususnya wanita, dalam persekitaran bandar yang berhadapan
            dengan pelbagai cabaran untuk memperoleh pendapatan yang boleh
            menampung      keperluan   keluarga.   Majoriti   peserta   projek
            MASA@Sungai  Nibong  merupakan  wanita  yang  berada  dalam
            lingkungan  umur  produktif.  Maka  fokus  bab  ini  adalah  terhadap
            golongan ini. Bab ini terbahagi kepada lapan bahagian utama. Bahagian
            pertama  memberi  pengenalan  secara  ringkas  tentang  latar  belakang
            Projek MASA@Sungai Nibong. Manakala bahagian kedua bertujuan



                                                                           47
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64