Page 61 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 61
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 51
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
Kata Kunci: Wanita, Miskin Bandar, Ibu Tunggal, Program Intervensi
dan Program Pemerkasaan, Kesejahteraan.
PENGENALAN
Satu isu yang kekal ditangani dengan baik sehingga kini adalah isu
kemiskinan. Permasalahan timbul apabila pengukuran kemiskinan
pada kebiasaannya dijelaskan menerusi aspek kewangan atau
pendapatan. Keadaan kemiskinan ini menunjukkan bahawa
kekurangan yang dihadapi oleh seseorang individu khususnya dari
aspek pendapatan dan harta benda menjadi punca kepada keadaan
sukar mereka untuk terus melangsungkan kehidupan seharian dengan
lebih selesa. Kemiskinan ini juga didefinisikan sebagai kegagalan dalam
perolehan pendapatan yang stabil mengikut spesifikasi piawaian yang
telah digariskan dalam indeks kemiskinan negara (Hatta & Ali, 2013;
Wang, 2004). Selain itu, kemiskinan juga merangkumi beberapa faktor
yang menghalang untuk mendapatkan peluang yang lebih baik kepada
status sosio-ekonomi seperti tempat tinggal, keperluan asas,
pendidikan, makanan yang berkhasiat dan sebagainya (Hatta & Ali,
2013; Siwar & Mohd Yusof Kasim, 1997). Oleh itu, kemiskinan juga
sering dikaitkan dengan keadaan kekurangan yang dihadapi oleh
manusia yang mana ia menyekat peluang untuk kehidupan yang lebih
selesa (Ahmad & Amartya, 1997; Crowther, 2000).
Oleh kerana permasalahan kemiskinan ini berlegar pada keperluan
untuk membasminya sedangkan sehingga kini pembasmian
kemiskinan secara total masih belum dampak cara penyelesaiannya
secara tuntas, maka timbul satu aliran pemikiran mengajak manusia
untuk beralih fokus daripada membasmi kemiskinan kepada mengurus
kemiskinan secara Islam. Di sinilah tercetusnya satu idea yang dibawa
oleh Pengasas Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
di Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Emeritus Dr.
Muhammad Sykuri Salleh, untuk mengurus satu kumpulan miskin
49