Page 62 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 62
52 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
bandar yang merupakan asnaf (fakir dan miskin) untuk mewujudkan
satu komuniti Islam yang lestari di bandar dan berdaya saing. Idea ini
telah disahut baik oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(MAINPP). Daripada cetusan sebuah idea yang bermula lewat tahun
2018, telah berjaya dibentuk menjadi satu pelan tindakan yang disusun
oleh ISDEV dengan persetujuan MAINPP untuk melibatkan dua
agensi Islam yang lain yang terdapat di Pulau Pinang iaitu Zakat Pulau
Pinang (ZPP) dan juga Wakaf Pulau Pinang (WPP). Kesemua agensi
yang terlibat ini menyedari bahawa isu kemiskinan bandar merupakan
satu realiti yang dihadapi di Pulau Pinang. Pemilikan rumah atau tanah
di Pulau Pinang merupakan satu cabaran yang sangat ketara dalam
kalangan masyarakat Islam apatah lagi untuk golongan asnaf miskin.
Maka perancangan giat dibuat melibatkan beberapa siri mesyuarat dan
perbincangan dan pada akhir fasa perancangan tersebut semua ahli
yang terlibat bersetuju dengan penjenamaan projek ini sebagai Projek
Makmal Sosio-Akademik di Sungai Nibong (atau MASA@Sungai
Nibong).
MASA@Sungai Nibong merupakan projek unik dan juga sebuah
projek perintis gabungan tiga agensi pentadbiran Islam dan Institusi
Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di negeri Pulau Pinang iaitu pihak
ZPP yang menyalurkan peruntukan untuk pelaksanaan projek
MASA@Sungai Nibong ini oleh ISDEV, MAINPP sebagai pemegang
tunggal yang dipegang secara amanah kepada tapak tanah wakaf ini dan
WPP yang mengendali dan mengurus aset harta tanah yang terdapat di
atas tanah wakaf tersebut. Menurut salah seorang pegawai di ZPP,
Projek MASA@Sungai Nibong ini menjadi salah satu daripada projek
zakat produktif dalam membangunkan asnaf yang terdiri daripada fakir
dan miskin. Projek ini dilihat sebagai satu iltizam terhadap
memperkasakan asnaf menerusi agihan zakat yang bukan sahaja
mampu memberikan kehidupan malah mengubah mereka untuk
50