Page 64 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 64
54 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
iv. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah (atau “anak-anak SMK”);
dan
v. Belia (untuk kumpulan ini dikelompokkan kepada tiga
kumpulan yang berbeza) iaitu:-
- “Belia Didik” mereka yang sedang sambung belajar selesai
SPM atau tahap pendidikan yang lebih tinggi,
- “Belia Bekerja” mereka yang sedang bekerja, atau
- “Belia Berkhidmat” mereka yang tinggal di rumah untuk
berkhidmat kepada KIR atau PKIR di atas permasalahan
kesihatan yang dihadapi oleh KIR atau PKIR
Kesemua lima kelompok insan yang perlu disantuni ini dirujuk secara
bersesama dalam penulisan bab ini sebagai “Ahli” MASA@Sungai
Nibong.
Terdapat tujuh keistimewaan projek MASA@Sungai Nibong ini.
Pertama, penggunaan tanah wakaf yang telah dibangunkan secara
produktif. Kedua, gabungan penglibatan pelbagai agensi Islam yang
terdapat di Pulau Pinang terutama gabungan dua instrumen Islam iaitu
zakat dan wakaf. Ketiga, penempatan kondusif dan selesa untuk setiap
KIR yang berjaya dipilih mengikuti projek ini. Keempat, gabungan
pelbagai skim agihan zakat yang diberikan kepada KIR. Kelima, Ahli
mendapat bimbingan pakar sepenuh masa dan didedahkan kepada
watak-watak untuk diteladani Keenam, Ahli juga mendapat bimbingan
terhadap asas-asas ilmu Islam sebagai usaha meningkatkan
pengetahuan dan penghayatan mereka terhadap agama Islam dalam
usaha memperkayakan jiwa Ahli. Ketujuh, keupayaan mencipta sistem
baharu dalam usaha pembangunan asnaf (fakir dan miskin) dan
pengurusan kemiskinan.
Maka, atas faktor keistimewaan dan unik inilah membuatkan bab ini
menarik untuk ditelusuri dengan lebih lanjut terutama fokusnya
52