Page 68 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 68

58 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            Maklumat  yang  diperolehi  untuk  tujuan  penulisan  Bab  ini  adalah
            menerusi  pengumpulan  data  primer  dan  juga  data  sekunder.  Data
            primer dikumpul menerusi pemerhatian turut serta dan juga tidak turut
            serta Ahli Wanita daripada Jun 2021 sehingga September 2023. Teknik
            pemerhatian  dipilih  sebagai  teknik  pengumpulan  data  yang  utama
            kerana  berperanan  pada  proses  kajian  yang  mensyaratkan  interaksi
            sosial  antara  penulis  dan  Ahli  Wanita  dalam  lingkungan  pengkajian
            yang  dijalankan  (Jasmi,  2012)  iaitu  tentang  aspek  pendapatan  dan
            kesejahteraan mereka. Interaksi ini bertujuan untuk memperoleh data
            melalui  teknik  yang  sistematik.  Untuk  mengatasi  masalah
            kebolehpercayaan dan kesahan data yang dikumpul ini, triangulasi data
            menerusi temu bual mendalam Ahli Wanita yang dijalankan dan juga
            berdasarkan  data  sekunder  yang  diperolehi  daripada  kajian
            kepustakaan  sebagai  kepelbagaian  sumber  yang  lain.  Temu  bual
            mendalam secara bersemuka telah dilaksanakan di kediaman masing-
            masing  yang  dibuat  secara  berasingan  di  mana  secara  purata  setiap
            temu bual mengambil masa kira-kira 30 minit.

            Menurut Harrington (1962), Lewis (1966), Miller (1958) dan Banfield
            (1970)  menekankan  bahawa  kemiskinan  bukan  sahaja  melibatkan
            kekurangan sumber tetapi merupakan budaya yang berakar dalam diri
            menerusi sifat dan sikap. Oleh yang demikian dua daripada tiga aspek
            yang dinilai menerusi data yang dikumpul tentang peluang penjanaan
            pendapatan adalah berdasarkan sifat dan sikap manakala aspek ketiga
            yang dinilai adalah berdasarkan pengetahuan. Data ketiga-tiga aspek
            tersebut dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual mendalam
            dan  dokumentasi.  Akhirnya,  data  primer  dan  data  sekunder  ini
            dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan secara deskriptif.







                                                                           56
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73