Page 67 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 67

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 57
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            Intan,  Bahiyah  dan  Suresh  (2018)  yang  menyatakan  ibu  tunggal
            menghadapi  masalah  dalam  pengurusan  anak–anak  kerana  terpaksa
            menguruskannya  seorang  diri.  Kekangan  dalam  menguruskan  anak-
            anak  ini  boleh  berlaku  dalam  pelbagai  sudut  sama  ada  dari  sudut
            pembelajaran, kasih sayang dan keperluan harian anak-anak yang tidak
            dapat  dipenuhi.  Perkara  yang  sama  juga  apabila  seorang  ibu  yang
            berkerjaya dan perlu mencari pendapatan atas sebab suaminya dalam
            keadaan  tidak  sihat  dan  memerlukan  penjagaan  rapi  untuk
            kesihatannya. Kekangan masa untuk bersama anak turut berlaku dalam
            perkara  ini  bahkan  adakalanya  isteri  yang  penat  lelah  bekerja  tidak
            mampu  untuk  mengawal  segalanya  terutama  anak-anaknya.  Silap
            percaturan dan perancangan boleh menyebabkan suaminya juga turut
            dipandang  serong  dan  rendah  apabila  tidak  mampu  menyediakan
            nafkah pada isteri dan keluarganya.

            Keseluruhan insan yang disantuni atau Ahli MASA@Sungai Nibong
            ini berjumlah 85 orang. Walaubagaimanapun, data untuk tujuan dalam
            bab ini hanya melibatkan sembilan orang wanita KIR dan tujuh orang
            wanita PKIR (atau “Ahli Wanita”) yang menjadi fokus utama bab ini.
            Daripada tujuh orang PKIR tersebut, boleh dibahagikan kepada tiga
            kumpulan PKIR dan satu kumpulan KIR golongan Ahli Wanita ini
            berdasarkan latar belakang kekeluargaan mereka. Satu kumpulan PKIR
            yang  berkerjaya,  mempunyai  sumber  pendapatan  yang  tetap  dan
            mempunyai pasangan suami yang sihat. Satu lagi kumpulan PKIR yang
            juga  berkerjaya  terdiri  daripada  mereka  yang  mempunyai  pasangan
            suami yang berhadapan dengan masalah kesihatan dan pasangan suami
            mereka tidak berupaya mendapatkan sumber pendapatan yang tetap
            manakala kumpulan ketiga PKIR merupakan yang tidak berkerjaya di
            atas permasalahan kesihatan yang mereka hadapi. Kumpulan KIR pula
            terdiri daripada golongan wanita ibu tunggal yang berkerjaya.






                                                                           55
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72