Page 63 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 63
Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 53
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
menjadi pembayar zakat di masa hadapan. Perubahan mereka daripada
seorang mustahiq (asnaf atau penerima hak) kepada seorang muzakki
(pembayar zakat) dijadikan sebagai salah satu indikator penting dalam
pelaksanaan projek MASA@Sungai Nibong ini (Mohamed, 2023).
Satu modul pembangunan insaniah berteraskan “Rasa Bertuhan dan
Rasa Kehambaan” telah berjaya dirangka dan dijadikan panduan asas
sepanjang pelaksanaan projek ini. Terdapat tiga fasa pelaksanaan
projek ini dengan setiap fasa mempunyai matlamat khusus yang perlu
dicapai. Teras “Rasa Bertuhan dan Rasa Kehambaan” ini menjadi
tunjang dalam proses mengubah sifat dan sikap semua yang terlibat
dalam Projek MASA@Sungai Nibong sebagai usaha
“pengsosialisasian” semula (resocialisation) kepada suatu bentuk baharu
yang berteraskan prinsip dan ajaran agama Islam.
Oleh itu, usaha-usaha mempertingkatkan pengetahuan mereka kepada
asas-asas agama dan penghayatan terhadap nilai-nilai agama Islam giat
dijalankan menerusi pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Projek
MASA@Sungai Nibong ini menumpukan secara asas kepada aspek
pembangunan insaniah. Selesai proses perancangan dan apabila tiba
fasa pelaksanaan, satu sesi temuduga telah diadakan untuk
mengenalpasti calon asnaf miskin yang layak untuk sertai Projek
MASA@Sungai Nibong ini. Setelah calon-calon dipilih dan berjaya
menyertai Projek ini, fasa pertama dapat dimulakan menerusi
Pemetaan Komuniti MASA@Sungai Nibong yang dijalankan selama
enam bulan sahaja. Pada Fasa Pertama ini Projek MASA@Sungai
Nibong telah dapat mengenalpasti insan-insan yang perlu disantuni ini
terdiri daripada:-
i. Ketua Isi Rumah (atau “KIR”);
ii. Pasangan KIR (atau “PKIR”);
iii. Pelajar-pelajar Sekolah Rendah (atau “anak-anak SK”);
51