Page 290 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 290
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 14:
MENCAPAI KUTIPAN ZAKAT OPTIMUM MELALUI
DASAR PENGKORPORATAN
ACHIEVING OPTIMUM ZAKAT COLLECTION
THROUGH CORPORATIZATION
SUHAILI SARIF
Universiti Malaya
Emel: suhaili@um.edu.my
MUHSIN NOR PAIZIN
Universiti Malaya
Emel: muhsin.paizin@zakat.com.my
ABSTRAK
Institusi zakat berperanan penting dalam memperbaiki tahap
ekonomi umat Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, hal ini
hanya akan mudah tercapai apabila zakat dapat dikutip dengan kadar
yang optimum. Oleh yang demikian artikel ini akan mengukur
pencapaian kutipan semasa berbanding dengan potensi kutipan
berdasarkan data-data ekonomi yang berkaitan. Data-data yang
digunakan untuk mengukur potensi diambil dari pelbagai sumber
meliputi badan-badan seperti JAWHAR dan Jabatan Statistik
Malaysia. Secara amnya analisis menunjukkan terdapat jurang yang
luas antara pencapaian semasa dan potensi zakat yang boleh dikutip.
Ini bermakna masih terdapat banyak ruang penambahbaikan yang
boleh diteroka oleh institusi pengurusan zakat Malaysia dalam usaha
mengoptimumkan lagi pengurusan kutipan zakat mereka.
Kata Kunci: kutipan zakat; pengkorporatan; potensi zakat
ABSTRACT
Zakat institutions have an important role in improving the economic
condition of Muslims in Malaysia. This however, will only be
realized easily if zakat collection can reach an optimum level. This
article hence will measure the achievement of current zakat
282
283
283