Page 291 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 291

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            collection as compared to the potential projection based on relevant
            economic data. The data used to measure potential zakat payment
            are  taken  from  various  sources  such  as  JAWHAR  and  the
            Department of Statistics Malaysia. Generally, the analysis shows
            that there is a wide gap between the current zakat collection and the
            sum  that  can  be  potentially  collected.  This  means  that  there  are
            rooms of improvement for zakat institutions in Malaysia to optimize
            their zakat collection.

            Keywords: zakat collection; corporatization; zakat potential.

            PENDAHULUAN
            Zakat  adalah  ibadah  yang  berpotensi  untuk  pembangunan
            kesejahteraan melalui mekanisme pembahagian pendapatan. Dilihat
            dari  konteks  pembangunan,  zakat  mempunyai  fungsi  utama  iaitu
            berperanan sebagai instrumen keselamatan dan kebajikan sosial dan
            dapat  digunakan  untuk  mengembangkan  pengeluaran  untuk
            meningkatkan  pertumbuhan  ekonomi.  Oleh  itu,  menurut  Beik
            (2009),  zakat  adalah  instrumen  pengurangan  kemiskinan  yang
            digunakan  untuk  mewujudkan  kesejahteraan  sosial.  Menurut
            Muhammad (2002) pula, kewujudan institusi zakat adalah sangat
            penting, di mana melaluinya dana zakat dapat dikutip dan diuruskan
            agar  memberi  impak  sosio-ekonomi,  mampu  mengatasi  masalah
            kemiskinan dan mendorong pembangunan masyarakat.
               Salah  satu  dasar  utama  pentadbiran  zakat  di  Malaysia  adalah
            dasar  pengkorporatan,  Secara  amnya  proses  pengkorporatan
            melibatkan penyusunan semula kuasa dengan melantik pihak swasta
            untuk  menguruskan  zakat.  Ini  merupakan  strategi  untuk
            meningkatkan  kualiti  dan  keberkesanan  sistem  pengurusan  agar
            lebih cekap  dan  berkesan.  Proses  telah banyak  dipraktikkan  oleh
            Majlis  Agama  Islam  Negeri  (MAIN)  sebagai  badan  utama
            pengelolaan  zakat  di  mana  MAIN  menubuhkan  anak  syarikat
            pengurusan zakat, sebagai wakil kepada pihaknya.
               Sungguhpun dasar ini telah lama dibuat, ditambah pula pelbagai
            usaha dilaksanakan oleh institusi zakat di Malaysia, namun jumlah
            kutipan  yang  telah  dicapai  masih  belum  mencapai  tahap  yang



                                                                          283

                                           284
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296