Page 293 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 293

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            Sumbangan Zakat Berbanding KDNK
            Setiap pencapaian kutipan perlu dianalisis dengan lebih mendalam.
            Hal  ini  bagi  mendapat  gambaran  sebenar  tentang  pencapaian
            kutipan  zakat  bagi  setiap  negeri  di  Malaysia,  kerana  pencapaian
            kutipan bukan sahaja dipengaruhi oleh sistem pengurusan, malah
            juga faktor ekonomi setempat. Maka, perlunya bagi kajian ini untuk
            mengenal  pasti  sejauh  mana  pencapaian  kutipan  zakat  itu
            melambangkan  keberkesanan  sebenar  sistem  kutipannya.  Adalah
            tidak  adil  untuk  membuat  kesimpulan  bahawa  sesebuah  kutipan
            zakat  sesebuah  negeri  itu  tidak  optima  sedangkan  taraf  ekonomi
            negeri tersebut sememangnya rendah.
               Oleh  yang  demikian,  kajian  akan  membandingkan  peratus
            sumbangan kutipan zakat negeri terhadap negara, dengan peratus
            sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri terhadap
            KDNK  negara. Analisis akan berpandukan  data dari tiga  sumber
            utama iaitu data dan maklumat dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
            (JAWHAR), laman web institusi-institusi zakat negeri, dan Jabatan
            Perangkaan Malaysia. Dengan mengenalpasti tahap keluaran negeri
            tersebut,  kemampuan  rakyat  sesebuah  negeri  tersebut  untuk
            membayar zakat akan dapat dianggarkan. Ini akan memperlihatkan
            sejauhmana potensi kutipan dan prestasinya dalam negeri tersebut.

            Potensi Kutipan Berbanding Kutipan Sebenar
            Seterusnya  kajian  ini  juga  membuat  perbandingan  pencapaian
            sebenar  kutipan  zakat  dengan  jumlah  potensi  kutipan  zakat  bagi
            setiap  negeri  yang  dikaji,  khususnya  bagi  tahun  terkini  yang
            diperolehi.  Ringkasnya,  semakin  besar  angka  peratusan  yang
            diperolehi  kajian,  maka  semakin  besar  jurang  antara  pencapaian
            kutipan berbanding potensi zakat. Sebaliknya, semakin kecil angka
            peratusan maka semakin kecil jurang perbezaan antara pencapaian
            kutipan berbanding potensi zakat. Peratusan perbezaan yang kecil
            menggambarkan negeri tersebut semakin kea rah mencapai kutipan
            yang optimum.
               Langkah pertama adalah mendapatkan angka jumlah pontensi
            kutipan  zakat  bagi  setiap  negeri  dikaji.  Perlu  dijelaskan  bahawa
            terdapat  banyak  andaian  dibuat  dalam  menjalankan  analisis  ini



                                                                          285

                                           286
   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298