Page 298 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 298
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
bayaran berteknologi tinggi. Malah dapatan telah membuktikan
bahawa negeri-negeri yang menjalankan dasar pengkorporatan lebih
mendahului dalam perkara ini, oleh kerana mempunyai sumber
kewangan dan kepakaran yang mencukupi.
Kesan pengkorporatan juga jelas ketara sekiranya dilihat dari
sudut elemen pengurusan sumber manusia, di mana negeri-negeri
yang tidak melaksanakan pengkorporatan mengalami kesukaran
untuk menambah kakitangan baharu dan memberi jawatan tetap
kepada kakitangan kontrak. Hal ini kerana pengurusan MAIN
adalah berstatus badan kerajaan dan tertakluk di bawah dasar yang
ditetapkan oleh kerajaan sungguhpun terdapat keperluan untuk
menambah kakitangan baru. Manakala badan korporat pula lebih
mudah untuk menambah kakitangan baru atas sebab institusi
tersebut sebagai anak syarikat yang lebih bebas dalam mengurus
sumber manusia. Perkara yang turut ditambahbaik adalah proses
pemilihan kakitangan yang bersesuaian dengan deskripsi tugas
seperti mana budaya korporat itu sendiri dengan pelantikan
eksekutif dan pengurus terdiri daripada kumpulan profesional dalam
pelbagai kelulusan merangkumi bidang pengurusan, ekonomi,
perakaunan, syariah, kesetiausahaan dan teknologi maklumat
(Mohamed Dahan, 2002).
Penyelidikan dan Fatwa Zakat.
Selain itu, institusi yang ditubuhkan khusus untuk menjalankan
pengurusan zakat dilihat lebih fokus dengan tugasan mereka
berbanding MAIN yang sebelum ini terpaksa memikul pelbagai
urusan kehartaan yang lain. Natijah daripada itu, badan-badan
korporat ini telah dapat membuat pelbagai pembaharuan serta
meneroka harta-harta baharu yang berpotensi meningkatkan kutipan
zakat.
Badan-badan zakat tersebut juga sering mengutamakan
pelantikan pakar-pakar yang khususnya dalam aspek penyelidikan.
Melalui penyelidikan ini, pelbagai penambahbaikan dari aspek
kutipan dapat dikemukakan kepada pihak berkuasa. Maka secara
tidak langsung mempengaruhi dan merancakkan urusan fatwa zakat
bagi negeri tersebut kerana setiap keputusan berkenaan urusan zakat
290
291