Page 303 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 303
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
telah mencapai kutipan zakat yang optimum pada tahun 2019.
Negeri Sembilan pula dilihat mencapai tahap separa optimum
(jurang perbezaan kedua terendah iaitu 47.4%), namun ia masih
dilihat suatu pencapaian yang lebih baik berbanding negeri-negeri
lain sungguhpun kutipan negeri ini pada tahun tersebut sangat
rendah.
Bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang, kedua-duanya
memperlihatkan jurang peratusan yang tinggi masing-masing
sebanyak 93.7% dan 95.5%, hampir perlu menambah sekali ganda
berbanding kutipan tahun tersebut. Khusus bagi Selangor, kajian ini
sekali lagi menegaskan sungguhpun kutipan zakat negeri ini paling
tinggi berbanding lain, namun terdapat jurang yang luas berbanding
peratusan potensi juga.Ini menunjukkan masih terdapat ruang
penambahbaikan yang luas bagi negeri-negeri berkenaan.
Berpandukan analisis di atas, kajian ini cuba memperkenalkan
kaedah alternatif bagi menilai tahap pencapaian kutipan zakat
dengan dibuat perbandingan antara data-data ekonomi dan perkiraan
potensi. Kajian ini sekaligus menyokong dalam menentukan sama
ada sesuatu negeri itu telah mencapai kutipan optimum atau
sebaliknya. Kutipan yang tinggi belum tentu mencerminkan bahawa
prestasi sesebuah badan itu pada tahap yang memuaskan, malah
mungkin negeri-negeri yang mempunyai kutipan yang lebih rendah
mempunyai amalan-amalan baik yang boleh dipelajari.
PENUTUP
Terdapat pelbagai langkah yang boleh dicadangkan untuk
meningkatkan kutipan ke arah mencapai potensi kutipan zakat yang
optimum. Justeru, berikut adalah beberapa langkah
penambahbaikan berterusan berdasarkan cadangan dalam kajian-
kajian lepas yang dilihat masih belum terlaksana sepenuhnya.
Pertama, setiap negeri perlu menerapkan amalan budaya
korporat dalam sistem pengurusan zakat mereka. Sebagaimana telah
dijelaskan di awal kajian ini, hanya beberapa negeri di Malaysia
yang telah melaksanakan dasar pengkorporatan dalam pengurusan
zakat. Kejayaan dasar pengkoporatan telah dibuktikan dalam
banyak kajian lepas dan masih disebut-sebut sehingga kini
295
296