Page 300 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 300
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Selangor W. Persekutuan P. Pinang N. Sembilan
900
Kutipan Zakat (RM juta) 600
800
700
500
400
300
200
100
0
2014 2015 2016 2017 2018 2019
Selangor 582.1 627.2 673.7 751.1 793.6 855.1
W. Persekutuan 540.7 565.8 589.2 621.4 657.4 688.4
P. Pinang 87.9 92.8 96.7 101.4 119.7 121.4
N. Sembilan 88.2 95.2 104.7 124.4 131.1 141.5
Rajah 1: Keluk Kutipan Zakat Negeri-Negeri
Sumber: JAWHAR dan laman web zakat negeri-negeri
Rajah di atas menggambarkan setiap negeri mencatat
peningkatan kutipan zakat setiap tahun dengan dua negeri dilihat
agak jauh di hadapan iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Sungguhpun negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
mencatatkan pencapaian kutipan yang sangat tinggi, tetapi hal ini
tidak berlaku pula di dua negeri lain. Walau bagaimanapun, untuk
melihat dan membandingkan tahap pencapaian kutipan zakat
dengan lebih adil, analisis seharusnya diukur dengan lebih
mendalam dengan mengambilkira faktor-faktor ekonomi negeri
tersebut. Hal ini bagi mendapat gambaran sebenar tentang
pencapaian kutipan zakat bagi setiap negeri, kerana pencapaian
kutipan bukan sahaja dipengaruhi oleh sistem pengurusan, malah
juga faktor ekonomi setempat.
Oleh yang demikian, analisis seterusnya akan membandingkan
peratus kutipan zakat negeri terhadap kutipan zakat negara dengan
peratus sumbangan KDNK negeri terhadap pencapaian KDNK
Malaysia. Berdasarkan maklumat daripada jadual “KDNK
292
293