Page 304 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 304

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            (antaranya Azura dan Ram Al-Jaffri, 2015; Mohd Faisol, 2016; dan
            Muhsin dan Suhaili, 2018). Atas sebab ini, dasar ini perlu diangkat
            semula sebagai langkah utama ke arah sistem kutipan zakat yang
            lebih optimum. Alternatif bagi negeri yang masih belum bersedia
            untuk  menubuhkan  anak  syarikat  zakat  pula  adalah  perlu
            mewujudkan  satu  peraturan  atau  kaedah  baharu  yang  boleh
            mengurangkan birokrasi dalam urusan kutipan dan agihan. MAIN
            yang  telah  menubuhkan  anak  syarikat  zakat  pula  perlu  terus
            menyokong penuh sebarang program atau aktiviti yang dijalankan
            oleh  anak  syarikat  mereka  dalam  memartabatkan  sistem  zakat  di
            negeri masing-masing.
               Kedua, suatu langkah penting yang boleh diambil adalah dengan
            memperluaskan sumber zakat, iaitu mengenakan zakat kepada harta
            yang  diikhtilaf  (Sanep  Ahmad  dan  Hairunnizam,  2004).  Secara
            umumnya di zaman Rasulullah SAW, zakat telah dikenakan ke atas
            lapan jenis harta iaitu unta, lembu, kambing, gandum, bijirin, kurma,
            perak dan emas. Namun pada zaman ini, pelbagai jenis harta yang
            berdaya  maju  dan  berupaya  berkembang  telah  menghasilkan
            pendapatan  yang  lumayan.  Harta  ini  tidak  terhad  kepada  emas,
            perak dan wang, pertanian, ternakan, perniagaan serta galian sahaja
            namun  boleh  berkembang  sehingga  meliputi  pelbagai  jenis
            pelaburan, saham dan aset-aset digital atau harta-harta intelek.
               Ketiga, meningkatkan penggunaan ejen atau penolong amil di
            seluruh  negara.  Hal  ini  kerana  masih  kurang  kerjasama  antara
            institusi  zakat  negeri  dengan  syarikat-syarikat  swasta  lain  selaku
            wakil  penerima  zakat.  Perkembangan  yang  pesat  dalam  pelbagai
            sektor  perniagaan  seharusnya  dimanfaatkan  oleh  institusi  zakat
            negeri  agar  lebih  berdaya  saing  diperingkat  antarabangsa  serta
            mewujudkan satu sinergi antara pelbagai sektor. Berdasarkan kajian
            oleh  Mohd  Faisol  (2016),  tidak  terdapat  satu  pun  institusi  zakat
            negeri  yang  menjalinkan  hubungan  dengan  semua  institusi
            perbankan  Islam  yang  ada  dalam  pasaran  Malaysia,  yang  ada
            hanyalah kerjasama terpilih antara beberapa buah bank Islam sahaja.
            Sedangkan institusi perbankan Islam ini beroperasi di setiap negeri
            di Malaysia. Kerjasama ini sangat penting bagi institusi zakat negeri




                                                                          296

                                           297
   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309