Page 299 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 299

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            perlu direstui oleh Jawatankuasa Fatwa negeri. Namun bagi negeri-
            negeri  yang  tidak  mempunyai  anak  syarikat  zakat,  mereka  tidak
            mampu  untuk  menjalankan  kajian  yang  mendalam  dan
            mengusulkan kertas cadangan fatwa dengan lebih kerap. Sedangkan
            negeri  yang  mempunyai  penyelidikan  berpotensi  membawa  hasil
            kajian serta cadangan-cadangan yang dirasakan lebih sesuai untuk
            difatwakan.    Ini   menunjukkan      bahawa      pengkorporatan
            sememangnya  berjaya  menambahbaik  sebahagian  daripada
            pengurusan  zakat  khasnya  dalam  aspek  ini  (Muhsin  dan  Suhaili,
            2018).

            PENCAPAIAN DAN POTENSI KUTIPAN
            Pencapaian Kutipan Zakat Negeri/Negara berbanding KDNK
            Negeri/Negara
            Dengan  berjalannya  pelbagai  usaha  oleh  negeri-negeri  untuk
            berdakwah  dan  mempromosi  bayaran  zakat,  serta  penyediaan
            bermacam-macam bentuk saluran dan kemudahan bayaran, maka
            tidaklah  keterlaluan  dikatakan  bahawa  ia  menjadi  faktor
            meningkatnya kutipan zakat di setiap negeri. Berdasarkan dapatan
            yang  diperolehi  daripada  JAWHAR,  peningkatan  keseluruhan
            kutipan zakat bagi beberapa buah negeri dapat diringkaskan melalui
            rajah di bawah:


























                                                                          291

                                           292
   294   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304