Page 297 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 297
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Kaunter Zakat Berkomputer
5 Melaka 1996
(kini Pusat Zakat Melaka)
Pusat Zakat Negeri Sembilan
6 Negeri (kini Perbadanan Baitulmal 1998
Sembilan
Negeri Sembilan)
Sumber: Laman web institusi zakat negeri-negeri
ANJAKAN PENTADBIRAN PASCA PENGKORPORATAN
Amalan dan Operasi Zakat
Setelah terlaksananya pengkorporatan, institusi zakat yang
ditubuhkan oleh beberapa buah MAIN telah dapat mengamalkan
budaya kerja korporat. Institusi zakat tersebut juga dikatakan lebih
tersusun dan terarah dalam memenuhi objektif masing-masing
(Norazlina Abd Wahab dan Abdul Rahim Abdul Rahman, 2011).
Penerapan budaya korporat juga dilaksanakan supaya memberikan
penekanan ke atas hasil kerja (results), perkhidmatan yang
cemerlang kepada pelanggan secara konsisten dan boleh dipercayai
(reliable), perkhidmatan yang memberi kepuasan kepada
pelanggan, responsif kepada perubahan, akauntabiliti, inovasi dan
menghargai budaya kreativiti (Siti Nurfatimah, 2016).
Sistem kutipan zakat juga melibatkan kaedah dakwah, promosi
serta saluran dan kemudahan bayaran zakat. Setiap negeri telah
melaksanakan bermacam-macam perkara dalam usaha untuk
mempromosi dan menyediakan kemudahan bayaran kutipan zakat.
Masing-masing telah mempunyai saluran bayaran secara potongan
gaji bulanan, bayaran tunai, cek atau kad di kaunter cawangan
daerah dan kaunter bergerak, bayaran melalui ejen-ejen bank dan
pos, bayaran melalui ejen-ejen bertauliah dan bayaran melalui atas
talian. Masing-masing juga telah menjalankan aktiviti promosi
dalam bentuk media cetak, media elektronik, ceramah dan taklimat,
pengedaran risalah-risalah, pembukaan kaunter info atau pameran
dan aktiviti ziarah majikan-majikan di sekitar daerah dalam negeri
masing-masing untuk menggalakkan pembayaran zakat (Abdul
Ghafur Don et al., 2020).
Pengkorporatan zakat sebenarnya berkesan membantu sesebuah
pentadbiran zakat itu menyediakan saluran promosi dan kaedah
289
290