Page 292 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 292
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
optima. Menurut Ahmad Hidayat dan Saidatul (2014), meskipun
berlaku peningkatan yang positif hasil kutipan zakat setiap tahun,
namun jumlah kutipan tersebut tidak sampai kepada tahap yang
memuaskan malah dikatakan tidak stabil. Fenomena ini telah
dibuktikan juga dalam isu zakat pendapatan di Wilayah Persekutuan
di mana menurut Sanep dan Hairunnizam (2004), dianggarkan
hanya sejumlah 4.2% golongan profesional yang melaksanakan
tanggungjawab berzakat pada tahun 2001. Selain itu, masih ramai
yang mendakwa potensi sebenar kutipan adalah lebih tinggi
daripada kutipan sebenar. Sebagaimana telah dijelaskan oleh
Adibah dan Joni Tamkin (2016): “Jurang zakat yang tinggi hasil
daripada kajian ini memberi isyarat yang positif kepada gerak kerja
pemasaran dan dakwah oleh institusi zakat. Jurang yang besar
menunjukkan potensi kutipan zakat masih luas melalui segmen ini
(zakat perniagaan).”
POTENSI KUTIPAN ZAKAT YANG OPTIMUM
Konsep prestasi yang optimum dalam organisasi adalah di mana
organisasi tersebut dapat mencapai keberhasilan yang paling tinggi
yang ditentukan oleh pasaran. Secara spesifiknya, Kamus Dewan
menjelaskan optimum bermaksud kedudukan (jumlah, paras, dan
lain-lain) yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu
keadaan, pengeluaran, perkembangan, dan lain-lain). Hal ini
bermakna, sesuatu organisasi yang menghasilkan jualan atau
keuntungan yang optimum sebenarnya telah mencapai puncak
tertinggi dan sekiranya terdapat jurang antara puncak dan
pencapaian semasa, maka jurang tersebut membuktikan terdapatnya
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh organisasi tersebut
(Karim, 2007).
Kutipan dan pengurusan zakat yang tidak optimum oleh institusi
zakat tercermin dalam jurang antara potensi dan jumlah sebenar
zakat yang dikumpulkan. Pungutan dan pengurusan zakat dapat
ditingkatkan melalui peningkatan prestasi dan kecekapan institusi
zakat.
284
285