Page 296 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 296
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
institusi khusus zakat boleh disimpulkan dengan dua perkara iaitu,
rendahnya jumlah kutipan zakat dan pengagihan zakat yang tidak
efektif. Meskipun secara administratif, MAIN telah dibentuk di
setiap negeri sebagai badan yang berwibawa untuk mengatur hal
ehwal Islam (termasuk zakat) didukung dengan undang-undang,
langkah-langkah ini tidak dapat meyakinkan orang ramai untuk
membayar zakat kepada badan berautoriti (Suhaili Sarif et al.,
2013). Masyarakat pada masa itu lazimnya hanya membayar zakat
fitrah berbanding zakat harta. Di samping itu juga tugas yang digalas
oleh MAIN juga sangat luas, yakni bukan sahaja isu-isu zakat sahaja
menyebabkan pengurusannya kurang berkesan.
Namun selepas tahun 90-an, Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) telah mengkorporatkan kutipan zakatnya
dengan menubuhkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Dasar ini
kemudiannya diikuti oleh beberapa buah negeri lain seperti
Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka.
Selepas penubuhan institusi-institusi zakat inilah, berlakunya
perkembangan dari sudut pencapaian kutipan zakat, sistem saluran
bayaran yang serba canggih dan kutipan harta-harta kenaan zakat
yang ia telah disesuaikan dengan peredaran zaman.
Jadual 1: Penubuhan Institusi Khusus Zakat di Malaysia
Tahun
Bil Negeri Institusi Zakat Swasta Ditubuhka
.
n
Wilayah
1 Persekutua Pusat Pungutan Zakat 1991
n
Pusat Zakat Selangor
2 Selangor 1994
(kini Lembaga Zakat Selangor)
Pusat Urus Zakat Negeri Pulau
Pulau
3 Pinang Pinang 1994
(kini Zakat Pulau Pinang)
4 Pahang Pusat Kutipan Zakat Pahang 1995
288
289