Page 310 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 310
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
BAB 15:
KEBERKESANAN MODEL TRANSFORMASI USAHAWAN
ASNAF OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
KHAIRUL AZHAR MEERANGANI
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Email: azharmeerangani@uitm.edu.my
MOHD ZAID MUSTAFAR
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Email: zaidmustafar@uitm.edu.my
MOHAMMAD FAHMI ABDUL HAMID
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Email: ahmihamid8811@gmail.com
MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Email: nizam_aziz@uitm.edu.my
ABSTRAK
Implementasi model transformasi usahawan asnaf menerusi
Program Pembangunan Ekonomi Asnaf merupakan inisiatif proaktif
oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan membantu
meningkatkan potensi golongan asnaf dalam sektor keusahawanan.
Inisiatif ini sejajar dengan objektif LZS sendiri bagi meningkatkan
keberkesanan agihan zakat menerusi strategi serampang dua mata,
iaitu memastikan setiap asnaf mampu menjalani kehidupan
sejahtera di samping membina potensi diri untuk keluar daripada
belenggu kemiskinan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi
menganalisis keberkesanan model transformasi asnaf yang
dilaksanakan menerusi Program Pembangunan Ekonomi LZS
dalam meningkatkan potensi dan kualiti kehidupan para asnaf di
Selangor. Kajian dijalankan secara kualitatif menggunakan
pendekatan temu bual separa struktur terhadap focus group terdiri
daripada seramai 8 orang usahawan asnaf di daerah Kuala Selangor.
Hasil kajian mendapati Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya
mencapai objektif program yang disasarkan menerusi perubahan
status para peserta daripada penerima bantuan asnaf kepada
302
303
303