Page 311 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 311

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            pembayar  zakat  aktif.  melahirkan  kelompok  usahawan  daripada
            golongan  asnaf  ini  melalui  program  ekonomi  yang  dijalankan.
            Meskipun  tidak  mencapai  tahap  keberkesanan  100%,  namun
            inisiatif yang digerakkan oleh LZS ini secara tidak langsung dilihat
            berjaya  mencungkil  potensi  usahawan  dalam  diri  setiap  asnaf
            seterusnya mengembangkan usaha dan gerak kerja mereka menerusi
            penyediaan bantuan seperti modal, peralatan dan kursus berkaitan
            perniagaan  dan  keusahawanan.  Dalam  masa  yang  sama,  usaha-
            usaha penambahbaikan perlu terus dipertingkatkan dari semasa ke
            semasa  bagi  memastikan  keberkesanan  pelaksanaan  program  ini
            secara komprehensif.

            Kata Kunci: Transformasi, Program Ekonomi, Usahawan Asnaf,
            Kesejahteraan Hidup

            PENDAHULUAN
            Kemiskinan  dan  pengangguran  merupakan  masalah  utama  yang
            membelenggu  kebanyakan  negara-negara  membangun  di  dunia.
            Ketidakseimbangan ekonomi dan kesenjangan sosial yang semakin
            melebar  menjadikan  agenda  pembasmian  kemiskinan  menerusi
            pertumbuhan  ekonomi  yang  mapan  sebagai  fokus  utama  pihak
            kerajaan.  Di  Malaysia,  usaha  ini  mula  diberikan  perhatian  serius
            pasca tragedi 13 Mei 1969, yang menyaksikan tercetusnya konflik
            dan  ketegangan  antara  kaum  disebabkan  ketidakseimbangan
            ekonomi  yang  wujud  (Syafinas,  2014).  Justeru,  Dasar  Ekonomi
            Baru (DEB) telah diperkenalkan bagi menangani kesenjangan sosial
            yang  berlaku  menerusi  pelaksanaan  pelbagai  polisi  dan  program
            bertujuan  membantu  masyarakat  terutamanya  segmen  B40
            menjalani  kehidupan  yang  lebih  baik  dan  selesa.  Dalam  hal  ini,
            institusi  zakat  turut  tidak  ketinggalan  berperanan  sebagai  salah
            sebuah institusi penting bagi meningkatkan kualiti kehidupan umat
            Islam di Malaysia. Zakat berfungsi sebagai salah satu mekanisme
            pembasmian  kemiskinan  kerana  ia  mampu  memenuhi  keperluan
            asnaf  sama  ada  dalam  bentuk  sara  diri  (bantuan  tetap  bulanan)
            mahupun  produktif  (suntikan  modal).  Bantuan  sara  diri  bersifat
            jangka  pendek  bagi  membantu  asnaf  meneruskan  kelangsungan



                                                                          303

                                           304
   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315   316