Page 315 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 315

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            keusahawanan  sebagai  platform  anjakan  paradigma  untuk
            mengubah  taraf  kehidupan  mereka.  Lembaga  Zakat  Selangor
            antaranya telah mengambil inisiatif dengan menjalankan Program
            Pembangunan  Ekonomi  (PPE)  dalam  usaha  untuk  mengagihkan
            bantuan zakat secara produktif. Program ini bertujuan membantu
            golongan fakir miskin yang berdaya maju dan mempunyai potensi
            untuk  menjalankan  perniagaan  dengan  memberi  modal  kepada
            mereka untuk menjalankan perniagaan. Ini bagi membolehkan para
            asnaf  mempunyai  kemampuan  dan  kredibiliti  untuk  menjana
            pendapatan sendiri menerusi perniagaan yang dijalankan sehingga
            akhirnya  mereka  mampu  membebaskan  diri  daripada  belenggu
            kemiskinan dan yang paling penting menjadi pembayar zakat yang
            konsisten untuk membantu orang lain. Bagi memastikan perjalanan
            program ini lebih efisien, pihak LZS telah membahagikan program
            ini kepada dua bentuk iaitu Program Keusahawanan dan Program
            Ekonomi  Berkelompok.  Bantuan  yang  diberikan  bagi  program
            keusahawanan  ini  antaranya  seperti  pemberian  modal  awal  serta
            suntikan modal tambahan dengan nilai minimum dan maksimum
            iaitu RM5,000.00 dan RM50,000.00. Pemilihan peserta dijalankan
            menerusi proses tapisan yang ketat dan terperinci memandangkan
            bantuan yang diberikan ini tidak perlu dibayar balik. Maka, hanya
            asnaf  yang  berkelayakan  sahaja  akan  dipilih  bagi  mengelakkan
            berlakunya sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan bantuan
            yang disediakan (Azman et al., 2014).
               Berdasarkan  Laporan  Pengurusan  Zakat  Selangor,  aktiviti
            pengagihan  dana  zakat  dilaksanakan  mengikut  lima  program
            pembangunan  yang  ditetapkan  iaitu  pembangunan  sosial,
            pembangunan     pendidikan,    pembangunan     institusi   agama,
            pembangunan ekonomi dan pembangunan insan. Secara kumulatif,
            program  pembangunan  sosial  dan  program  pembangunan
            pendidikan  merupakan  penerima  terbesar  agihan  zakat  dengan
            peruntukan melebihi 70% daripada jumlah keseluruhan setiap tahun.
            Bagi  program  pembangunan  ekonomi  (PPE)  pula,  jumlah  agihan
            yang  dilaporkan  bagi  5  tahun  terkini  (2015-2019)  adalah  seperti
            berikut:




                                                                          307

                                           308
   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319   320